- Lain-lain
PMI Pembuatan China 52.6% Februari
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China naik kepada 52.6% pada Februari. Antara 21 sektor yang tersenarai dalam tinjauan, terdapat 18 yang berada dalam julat perkembangan, iaitu bertambah 7 berbanding Januari.
Demikian ditunjukkan data statistik yang diumumkan Pusat Penyelidikan Perkhidmatan Biro Statstik Negara (NBS) dan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) pada hari ini.
"Di sebalik berkuatkuasanya siri langkah yang bertujuan menstabilkan ekonomi pada bulan lalu dan impak COVID-19 yang semakin berkurangan, ekonomi China pulih cepat," ujar ahli statistik Pusat Penyelidikan Perkhidmatan NBS, Zhao Qinghe.
Dimaklumkan, pengeluaran dan permintaan masing-masing menunjukkan peningkatan pada Februari, dengan indeks pengeluaran dan indeks tempahan masing-masing mencatat 56.7% dan 54.1%, naik 6.9% dan 3.2% berbanding Januari.