- Lain-lain
Minggu ASEAN-China 2023 Berlangsung di Fuzhou
Minggu ASEAN-China 2023 dirasmikan di Fuzhou, tenggara China pada Ahad, menyaksikan kehadiran seramai 300 peserta antaranya pegawai kanan kerajaan, diplomat asing, pakar kumpulan pemikir dan pengamal media.
Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China (ACC) Shi Zhongjun berkata China dan ASEAN berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk memperkukuh rasa saling percaya, mempertingkat persefahaman sesama rakyat dan menggalakkan proses integrasi serantau.
Menurut beliau, aktiviti seumpama dapat terus mengukuhkan lagi jalinan persahabatan kedua-dua pihak, dan memantapkan perkongsian strategik menyeluruh China-ASEAN dalam segenap bidang ke arah pembangunan berkualiti.
Dianjurkan ACC bersama pihak berkuasa provinsi Fujian, Minggu ASEAN-China 2023 akan dilangsungkan sehingga 11 Ogos.
Antara pengisian aktiviti itu termasuklah seminar pelaburan dan perdagangan, konsert, forum belia, minggu filem, festival makanan dan sebagainya.
- China Komited Perkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif dengan ASEAN
- PM China, Vietnam Adakan Pertemuan Empat Mata
- Kapal Tentera Laut China Sertai LIMA 2023
- Rundingan Pegawai Tinggi China-ASEAN ke-29 Bermula Esok
- Hubungan Erat ASEAN dan China Sesuai dengan Kepentingan Bersama
- China, ASEAN Mahu Mantapkan Lagi Kerjasama Saling Untung
- China: ASEAN Masih Keutamaan dalam Diplomasi Negara Jiran
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan
- Pelancaran Buku di Malaysia Peringati Ulang Tahun Penting BRI
- Myanmar Lancarkan Tujuh Projek Dana Khas LMC