99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, ASEAN Mahu Mantapkan Lagi Kerjasama Saling Untung

(CRI)Selasa 28 Mac 2023

China menghargai keanggotaan ASEAN dalam 'Group of Friends' Inisiatif Pembangunan Global (GDI), serta komited menggalakkan kerjasama saling untung di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Tinjauan ASEAN di Indo-Pasifik (AOIP).

Demikian kata Menteri Luar China, Qin Gang semasa mengadakan pertemuan empat mata dengan Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn di Beijing, pada Isnin.

Qin berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 disyorkannya visi komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat antara China dengan ASEAN. Kedua-dua pihak hidup bersama secara damai dan menjadi suri teladan hubungan baik sesama tetangga.

Menurut beliau, China bersedia bersama dengan ASEAN untuk mempertahankan peraturan dan orde serantau berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

Sementara itu, Kao menyuarakan kesediaan ASEAN untuk mempergiat rundingan mengenai pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0.

Beliau juga mahu perbincangan berhubung Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dipercepat demi bersama-sama memelihara kestabilan dan kemakmuran serantau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan