- Lain-lain
Manfaat BRI kepada Negara Anggota Semakin Terserlah
Projek pembinaan loji rawatan air kumbahan terbesar di rantau Asia Selatan siap sepenuhnya dan dilancarkan di Dhaka, Bangladesh genap seminggu lalu.
Ia yang dinamakan Loji Rawatan Air Kumbahan Dasherkandi turut merupakan projek moden dan berskala besar pertama dibina di Bangladesh.
Pada majlis perasmiannya, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina turut menzahirkan penghargaan tertinggi terhadap usaha China yang mempraktikkan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) untuk membantu Bangladesh memperbaiki ekologinya, sekali gus meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.
Mengulas mengenai projek itu, Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada Rabu menyifatkan projek tersebut sebagai satu lagi contoh yang memperlihatkan BRI mampu memberi manfaat kepada negara anggota.
Menurut beliau, loji yang dibina tersebut mampu merawat air kumbahan untuk lima juta penduduk bandar Dhaka, seterusnya memperbaiki kualiti kehidupan penduduk di situ secara drastik.
"Sejak BRI diperkenal pada sedekad lalu, sebanyak 420,000 peluang pekerjaan berjaya dicipta untuk negara anggota, serta membantu membebaskan hampir 40 juta daripada belenggu kemiskinan.
"Mengikut laporan Bank Dunia, menjelang tahun 2030, pembinaan bersama BRI akan merancakkan perkembangan perdagangan negara terlibat dengan kadar 2.8 peratus hingga 9.7 peratus, manakala pertumbuhan perdagangan sejagat dijangka mencapai 1.7 peratus hingga 6.2 peratus, dan jangkaan pendapatan sejagat pula meningkat sekitar 0.7 peratus hingga 2.9 peratus," ujar Mao.
Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk bersinergi dengan masyarakat antarabangsa bagi mendorong pembinaan bersama BRI yang berkualiti tinggi, dan secara tidak langsung menggerakkan pemulihan ekonomi dunia serta pembangunan mapan sejagat.
- Sambutan Hari Pelayaran China ke-19
- Saintis Muda Tumpukan Kerjasama Sains dan Teknologi dalam BRI
- Perkongsian, Kunci BRI Disambut Baik
- Industri Pameran Pulih Menyeluruh di China
- MV "Silk Road Journey To Prosperity" Dilancarkan
- BRI Cipta Peluang Pembangunan Bersama
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- GCI, Satu Lagi Barang Awam Penting untuk Masyarakat Antarabangsa
- Perdagangan Kargo China dengan Negara-negara BRI Tumbuh 8% Setiap Tahun
- Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang Episod 5: Projek Sara Hidup BRI Membawa Manfaat kepada Semua