- Lain-lain
Industri Pameran Pulih Menyeluruh di China
Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) menyiarkan senarai 'Ekspo dan Pameran China 2023' yang merangkumi maklumat mengenai lebih 1,370 acara di 105 buah bandar di seluruh negara.
Jurucakap CCPIT, Wang Linjie berkata dapatan tinjauan terhadap 10,028 syarikat China membabitkan 646 kategori dalam 44 industri pada suku pertama menunjukkan bahawa majoriti mereka beroleh hasil yang memuaskan menerusi penyertaan dalam pameran di seberang laut.
"Negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menjadi pilihan utama syarikat China, antaranya 27 peratus yang mengadakan pameran di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Malaysia, Rusia dan Thailand."
"Dalam pada itu, pempamer dari industri bahan binaan, jentera, produk elektronik dan kelengkapan mesin dilihat lebih banyak tampil di acara berkenaan," ujar beliau.
Tahun ini, CCPIT dan Dewan Perniagaan Antarabangsa China (CCIC) merancang menganjurkan 28 pameran di seberang laut secara hibrid yang bukan sahaja meliputi pasaran Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, tetapi juga pasaran baru muncul seperti ASEAN, Amerika Latin dan Afrika Barat.
Pameran berkenaan melibatkan teknologi pertaninan, tenaga baharu, pengangkutan pintar dan lain-lain.
- MV "Silk Road Journey To Prosperity" Dilancarkan
- BRI Cipta Peluang Pembangunan Bersama
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- GCI, Satu Lagi Barang Awam Penting untuk Masyarakat Antarabangsa
- Perdagangan Kargo China dengan Negara-negara BRI Tumbuh 8% Setiap Tahun
- Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang Episod 5: Projek Sara Hidup BRI Membawa Manfaat kepada Semua
- Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang Episod 4: Pembangunan Mampan Jana Pertumbuhan Hijau
- Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang
Episod 3: Perkembangan Teknologi Kecerdasan Buka Peluang Baharu - Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang Episod 2: Kerjasama Tenaga Membuahkan Kemakmuran Bersama
- Festival Filem China Bertemakan BRI Dirasmikan