99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sambutan Hari Pelayaran China ke-19

(CRI)Selasa 11 Julai 2023

Bertemakan "Belayar di Laluan Sutera Baharu, Berjuang Cipta Situasi Baharu", Hari Pelayaran China ke-19 yang jatuh pada 11 Julai ini disambut di seluruh negara dengan bendera dinaikan di semua kapal dan bunyian hon selama satu minit.

Dalam pada itu, muzium dan pusat pameran maritim serta pangkalan pendidikan pengetahuan pelayaran dibuka kepada awam di seluruh negara.

Sebagai negara dagangan kargo terbesar dan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, hampir 95 peratus kargo perdagangan luar dikendalikan melalui pengangkutan laut.

Buat pertama kalinya, nilai pengeluaran maritim melebihi RMB9 trilion (RM5.82 trilion) pada tahun 2022.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Dalam tempoh 10 tahun lepas, China telah menjalin hubungan pelayaran maritim dengan lebih 100 negara dan kawasan dengan rangkaian perkhidmatan semakin ditambah baik dan tahap ketersambungan pengangkutan maritim termaju di dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan