99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Bersedia Ganding Bahu, Promosi Nilai Bersama Umat Manusia - Xi

(CRI)Selasa 04 Julai 2023

Dalam proses sejarah manusia yang panjang, pelbagai bangsa di dunia telah membina tamadun yang mempunyai ciri-ciri dan simbol yang tersendiri.

Justeru, pertukaran secara sama rata dan saling belajar antara tamadun berbeza akan memberikan bimbingan rohani yang kuat bagi umat manusia untuk merungkai masalah sezaman dan mencapai pembangunan bersama.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam ucapan tahniah kepada Dialog Pertukaran dan Saling Belajar Antara Tamadun ke-3 yang juga Kongres Ahli Hanologi Dunia pertama pada Isnin.

Tegas beliau, China bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk mempromosikan nilai bersama seluruh umat manusia seperti keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi, dan kebebasan, serta melaksanakan Inisiatif Peradaban Global.

Xi menyatakan bahawa pertukaran tamadun dapat menjangkau kerenggangan tamadun, saling belajar antara tamadun dapat menjangkau konflik tamadun, dan kewujudan bersama tamadun dapat menjangkau keunggulan tamadun, bagi mempromosikan kemajuan tamadun manusia.

"Saya berharap agar para penuntut ilmu Hanologi dari serata tempat di dunia boleh menjadi penghubung antara tamadun China dengan tamadun lain, berusaha untuk meningkatkan komunikasi budaya, serta mempererat persefahaman dan kerjasama antara China dan negara-negara lain," ujar beliau.

Untuk rekod, Dialog Pertukaran dan Saling Belajar Antara Tamadun ke-3 yang juga Kongres Ahli Hanologi Dunia pertama, anjuran oleh Persatuan Pertukaran Antarabangsa China dirasmikan di Beijing pada 3 Julai, dengan tema 'Melaksanakan Inisiatif Peradaban Global, Membentuk Landskap Pemodenan yang Baharu'.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Alice Lau dan sekitar 400 tokoh parti politik dan sarjana terkemuka dari pelbagai negara turut menghadiri persidangan kali ini.

Para peserta menyokong inisiatif global yang diajukan oleh Presiden Xi Jinping, dan berpendapat bahawa pembinaan pemodenan ala China telah berkesan dalam mempromosikan perdamaian dan pembangunan dunia. Mereka bersedia untuk mempromosikan pertukaran tamadun dan pembangunan manusia.

*Hanologi merujuk kepada pengajian berkaitan Han, iaitu bangsa majoriti di China.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan