- Lain-lain
Menteri Luar China Seru Pergiatkan Kerjasama China-Afrika
Menteri Luar China, Qin Gang menghadiri majlis resepsi Hari Afrika di Beijing pada Khamis dan menyampaikan ucapan.
Beliau yang juga ahli Dewan Negara berkata, China yang berpandukan arahan Presiden Xi jinping tentang mengamalkan pergaulan yang ikhlas, sejati serta holistik di benua Afrika, berjaya berganding bahu dengan pihak Afrika mendorong hubungan bilateral memasuki era baharu dalam usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang lebih rapat.
Qin turut mengemukakan cadangan untuk mempergiatkan lagi kerjasama China-Afrika yang melibatkan pemeliharaan hak dan kepentingan sah masing-masing, memacu secara aktif program pemodenan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, bersama-sama menggalakkan pembaharuan sistem tadbir urus global, berusaha mewujudkan keselamatan bersama dan meningkatkan pertukaran serta saling menghargai kesamaan visi dalam tamadun masing-masing.
Majlis Resepsi itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Ethiopia, Demeke Mekonnen Hassen, Naib Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Congo, Christophe Lutundula dan diplomat negara-negara Afrika yang bertugas di China.
Mereka berkata Afrika berpendirian konsisten dalam memperkukuh persahabatan Afrika-China dan bersedia menyemarakkan semangat perkongsian kedua-dua pihak, mempercepat pembangunan negara masing-masing dan bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib Afrika-China serta sesama insan.
- Xi Temui Presiden Eritrea
- Menteri Luar China Bakal Lawat Afrika dan Arab
- Perdana Menteri Ethiopia Ditemui Menteri Luar China
- China, Angola Komited Kukuhkan Hubungan Persahabatan
- China Komited Perkasa Kerjasama dengan Afrika
- China Bantu Pembangunan Damai ‘Horn of Africa’
- China, Gabon Komited Perkasa Kerjasama Bilateral
- Presiden Benin Ditemui Menteri Luar China
- Xi Beri Kata Semangat kepada Skuad Perubatan di Afrika Tengah
- Xi Lantik Duta-duta Besar Baharu
- China Sokong Peranan Konstruktif PBB dalam Isu Antarabangsa dan Serantau
- Perkasakan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
- China Komited Bina Komuniti Berkongsi Nasib Asia-Pasifik: Xi
- Forum Kerjasama Media China-Arab 2022 di Riyadh
- “Seliang Bagai Tebu, Serumpun Bagai Serai”
- Setiausaha Agung ASEAN: Intensifkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif dengan China
- Ulang Tahun Ke-10 Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Anjuran Xi
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- Laporan Rumus Pelaksanaan Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan