- Lain-lain
China Komited Perkasa Kerjasama dengan Afrika
Menteri Luar China, Qin Gang dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AUC), Moussa Faki Mahamat mengadakan Dialog Strategik China-Kesatuan Afrika (AU) ke-8 di ibu pejabat AU pada Rabu.
Qin Gang berkata, China yang sentiasa mengutamakan Afrika dalam diplomasinya, komited terus menjadi rakan Afrika untuk mewujudkan pembangunan bersama dan bekerjasama bagi membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika pada era baharu.
“China sebagai yang pertama menyokong permohonan AU menganggotai Kumpulan 20 (G20), menyokong peningkatan tahap perwakilan dan hak bersuara negara-negara Afrika dalam pertubuhan antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk melindungi kepentingan bersama negara-negara membangun.
“China juga akan terus bekerjasama dengan Afrika untuk mempromosikan kebersamaan milik seluruh umat manusia dan memelihara amalan multilateralisme yang sejati,” kata Qin Gang.
Moussa Faki Mahamat pula berkata, pihaknya menghargai sokongan kuat China terhadap Afrika dalam usaha integrasi, kesalinghubungan dan pembangunan kawasan perdagangan bebas, selain berharap dapat bekerjasama dengan China untuk bersama-sama mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Afrika pada era baharu.
Dalam sidang akhbar bersama yang diadakan setelah berakhirnya dialog kedua-dua pihak, Qin Gang turut mengemukakan empat cadangan untuk mengukuhkan hubungan China-Afrika yang termasuk mempercepatkan dan mendorong pertukaran fizikal China-Afrika bagi berkongsi pandangan, terus memperdalam hubungan persahabatan antara China dan AU, menggalakkan penaiktarafan kerjasama China-Afrika, dan mempertahankan dengan teguh perpaduan dan kerjasama negara-negara membangun.
Dalam sidang akhbar itu, Qin Gang juga menyangkal dakwaan yang beralasan bukan-bukan berhubung apa yang disebut ‘China membawa lubang perangkap hutang kepada Afrika’.
- Perdana Menteri Ethiopia Ditemui Menteri Luar China
- Menteri Luar China Bakal Lawat Afrika dan Arab
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Cyril Ramaphosa
- China, Cote d'Ivoire Komited Tingkatkan Kerjasama
- Siapa Buat Kebaikan Sebenar, Afrika Paling Sesuai Bersuara
- China, DRC Komited Perkasa Hubungan Bilateral
- China, Afrika Mahu Pererat Kolaborasi Media
- China Bebaskan Tarif untuk 98% Produk dari 10 LDCs
- China Sahabat Sejati Negara Membangun
- Xi Adakan Rundingan dengan Presiden Tanzania