- Lain-lain
Perkasakan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan
Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) dirasmikan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Ahad.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mewakili Jawatankuasa Pusat ke-19 membentangkan laporan dalam kongres itu.
Beliau menyatakan bahawa China akan mempertahankan prinsip diplomatik yang memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan bersama. Di samping itu, China akan giat memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, di samping menyeru pelbagai negara menyemarakkan nilai bersama yang mengutarakan keamanan, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan.
Tiga adik-beradik menerima cenderahati daripada petugas perubatan di Hospital Peace Ark di Vanuatu, sempena Hari Kanak-kanak negara itu pada 24 Julai 2018.
Vaksin COVID-19 sumbangan kerajaan China dihantar tiba di lapangan terbang Phnom Penh pada 14 Oktober 2021.
Kereta api kargo China-Eropah kelihatan berlepas ke Uzbekistan melalui Horgos, Xinjiang pada Mac 2020.