- Lain-lain
Wacana “Konsep dan Praktik Hak Asasi Manusia China” Diadakan
Wacana “Konsep dan Praktik Hak Asasi Manusia China” anjuran Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China diadakan di Palais Des Nations, Genava semalam sempena perasmian mesyuarat ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Pakar-pakar berkenaan telah memberi taklimat tentang pendidikan hak asasi manusia di China, hak dan kepentingan kaum wanita di Xinjiang, sistem penjelmaan semula Buddha Hidup Tibet dan kebebasan beragama, modenisasi ala China dan pembangunan usaha hak asasi manusia, bohongan tentang apa yang disebut 'kerja paksa' di Xinjiang, perlindungan dan pembangunan bahasa serta tulisan di Xinjiang, dan hakikat sejarah hubungan Tibet dengan Tanah Air.
Naib Pengarah Tetap Institut Hak Asasi Manusia Universiti Sains Politik dan Undang-undang China, Zhang Wei dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan China mengambil berat terhadap pendidikan dalam bidang hak asasi manusia. Kandungan tentang pendidikan dan pengajian hak asasi manusia termasuk perincian dalam langkah yang terlaksana untuk mendorong pembangunan berterusan usaha tersebut tersenarai dalam “Rancangan Tindakan Hak Asasi Manusia Negara” edisi ke-4. Terdapat pangkalan pendidikan dan latihan hak asasi manusia yang beroperasi dalam sebanyak 14 buah universitidi di China pada masa ini.
Prof Madya Kolej Undang-undang dan Politik Universiti Kashgar, Nasi’erjiang·Yibulayin pula menyatakan bahawa perlembagaan dan undang-undang China berperanan sebagai pelindung dari segi undang-undang untuk mencegah berlakunya gejala “kerja paksa”. Penduduk berbilang etnik di Xinjiang boleh bebas memilih pekerjaan mengikut hasrat sendiri.
Naib Dekan Jurusan Bahasa Etnik Minoriti Akademik Kesusasteraan dan Bahasa China Universti Xinjiang, Zhang Dengke dalam wacana tersebut menyatakan bahawa beliau sebagai ahli pengaji bahasa dan anak Xinjiang, boleh yakin pada kepelbagaian bahasa dan tulisan tempatan berada dalam keadaan yang terpelihara. Kini, terdapat lebih 10 jenis bahasa dan tulisan etnik minoriti yang digunakan dalam bidang kehakiman, pentadbiran, pendidikan, penerbitan berita, radio dan TV, internet serta hal-ehwal awam di wilayah itu.
- Fitnah “Kerja Paksa”, Plot Cetuskan 'Pengangguran Paksa' di Xinjiang
- Dibuli Siber Hanya Kerana Ingin Tahu Keadaan Sebenar Xinjiang?
- Pencapaian China Jaga Hak Kaum Minoriti Diperkenalkan dalam Sesi Ke-52 UNHR
- Ceritakan Kehidupan Sebenar Rakyat Xinjiang
- AS Tidak Layak Persoal Dasar Keagamaan China
- Komplotan Kekang China Perguna Isu Xinjiang Sekadar Sia-sia
- Apa yang Disebut Laporan Hak Asasi Manusia Xinjiang Rekaan OHCHR Tidak Sah