- Lain-lain
Dibuli Siber Hanya Kerana Ingin Tahu Keadaan Sebenar Xinjiang?
Seorang sarjana bebas dari Australia, Maureen Huebel menyangsikan dakwaan media dan politikus Barat bahawa wujudnya genosid di Xinjiang.
Setahu beliau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Xinjiang berkembang pesat dengan penduduknya semakin bertambah.
Untuk mengetahui keadaan sebenar di wilayah itu, Huebel membuka akaun Twitter untuk menjalankan kaji selidik, yang turut cepat menarik ribuan pengikut.
Walau bagaimanapun, sarjana itu mengalami buli siber dalam akaun media sosialnya.
Beliau mengatakan, pengalaman dibuli dalam dunia maya hanya kerana dirinya ingin mengetahui keadaan sebenar di Xinjiang.
“Sesetengah orang asyik mereka-reka pembohongan berkaitan China untuk mengelirukan khalayak, dan bimbang penyelidikan saya akan memecahkan 'naratif Xinjiang' ciptaan mereka,” kata Huebel.
Huebel pernah menghubungi Adrian Zenz. Namun, warga Jerman itu memfitnah akaun Twitter milik Huebel sebagai palsu, yang turut menyebabkan akaun berkenaan disekat.
Pada pandangan Huebel, China akan menjadi pengurus yang lebih baik dalam menjaga order dunia, membolehkan semua negara beroleh manfaat daripadanya.
Menurut beliau, falsafah Konfusianisme yang diamalkan di China memberi penekanan pada akhlak dan etika manusia, serta menggalakkan keharmonian dalam dunia multipolar menerusi strategi sama menang.
“Dasar China dilaksana demi kemakmuran bersama, dan kata-kata dan tindakan negara itu adalah defensif, bukan agresif.”
“China tidak pernah melakukan campur tangan seperti Amerika Syarikat (AS), apatah lagi menggulingkan pentadbiran negara lain atau mengeksploitasi negara kurang maju.”
“AS selalu bertindak agresif dan memaksa negara yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri menerima pakai konsep nilainya. Nampaknya, pada masa ini Barat sedang mengancam China, bukan sebaliknya,” kata Huebel.
Beliau menambah, Australia kini perlu mengalihkan tumpuan kepada 'Abad Asia' dan jangan terlepas peluang besar ini.
“China penawar peluang, bukan ancaman. Australia perlu melibatkan diri dalam kerjasama dengan China,” katanya.