- Lain-lain
Pencapaian China Jaga Hak Kaum Minoriti Diperkenalkan dalam Sesi Ke-52 UNHR
Tiga wakil dari Persatuan Etnik Minoriti China bagi Pertukaran Luaran (CEMAEE) telah memperkenalkan pencapaian China dalam menjaga hak dan kepentingan kaum minoriti pada era baharu ketika berucap dalam sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC).
Sarjana etnik Uygur dari Universiti Minzu China, Zunon Nasrudin berkata, beliau mengikuti pendidikan dalam bahasa Uygur sejak kecil lagi, kemudian menduduki ujian dalam bahasa Uygur untuk melayakkan diri ke universiti, dan akhirnya memperoleh ijazah kedoktoran bahasa dan sastera Uygur. Kini, Nasrudin bekerja sebagai pendidik bahasa etnik minoriti dan penyelidik sains, dan melibatkan diri dalam perlindungan bahasa dan kebudayaan kaum minoriti secara berkala. Beliau turut mempamerkan dan menghuraikan pendekatan dan pencapaian China dalam memelihara dan menjaga hak pelbagai kaum minoriti untuk menggunakan dan mengembangkan bahasa kaum yang tersendiri.
Naib Ketua Setiausaha CEMAEE, Qiu Peng berkata, memperkukuh solidariti perkauman, menggalakkan pembangunan bersama dan memelihara negara yang bersatu adalah syarat dan dasar penting untuk menjamin hak asasi manusia etnik minoriti.
- China Tegas Sangkal Fitnah Barat
- AS Digesa Kaji Diri, Berhenti Cabuli Hak Asasi Manusia
- China Bersama Pelbagai Pihak Dorong Perkembangan Hak Asasi
- China Kemuka Saranan Berhubung Pelaksanaan UDHR
- Ceritakan Kehidupan Sebenar Rakyat Xinjiang
- China Kemuka Saranan Terhadap Pembangunan Hak Asasi Manusia Antarabangsa di PBB
- AS Tidak Layak Persoal Dasar Keagamaan China
- Tuduhan Duta AS Penuh Pembohongan: MFA
- Plot Beralasan Hak Asasi Campur Tangan Urusan Dalaman Negara Lain Mustahil Berhasil
- Xinjiang Lakar Pencapaian Cemerlang dalam Menjamin Hak Asasi Manusia
- Komplotan Kekang China Perguna Isu Xinjiang Sekadar Sia-sia
- Apa yang Disebut Laporan Hak Asasi Manusia Xinjiang Rekaan OHCHR Tidak Sah