99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekonomi Dunia Memerlukan China

(CRI)Khamis 29 Jun 2023

Bagaimana membina semula keyakinan dan merangsang pertumbuhan ekonomi merupakan tumpuan masyarakat antarabangsa pada masa ini dan juga satu masalah yang mendesak yang memerlukan penyelesaian segera. Forum Davos Musim Panas Tahun 2023, platform bagi merasai denyut nadi pertumbuhan ekonomi China dan memperkasakan komunikasi dan kerjasama dengan China telah menarik kehadirian Perdana Menteri dari Vietnam, Barbados, Mongolia dan New Zealand serta pegawai kanan dari sejumlah negara lain.

Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh menyatakan bahawa pihaknya konsisten dalam melaksanakan dasar Satu China, aktif menyokong dan menyertai pembinaan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Inisiatif Pembangunan Sejagat. Vietnam bersedia merancakkan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan dan sosiobudaya, di samping meningkatkan penyelarasan dan koordinasi pelbagai hala serta mengawal perselisihan dengan baik untuk mewujudkan kemakmuran bersama.

Presiden dan Pengasas Forum Ekonomi Dunia Klaus Schwab menyatakan bahawa pihaknya mahu mengintensifkan hubungan rakan dengan China, sinergi mengatasi cabaran sejagat termasuk perubahan iklim dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Saya sentiasa beroptimis terhadap ekonomi China memandangkan China telah mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam tempoh lebih 30 tahun lalu, dan sekarang tetap adalah antara enjin utama bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia," tambah beliau.

Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins sekali kali menekankan peri pentingnya hubungan dengan China ketika tiba di Beijing pada Isnin.

"Ini adalah pasaran eksport amat besar bagi kami. Kami berharap syarikat New Zealand terus berurus niaga di China dan kami mahu melihat lebih ramai pelancong China mendatangi New Zealand," kata beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan