- Lain-lain
PM China Sampai Ucaptama pada Forum Davos Musim Panas 2023
Perdana Menteri China, Li Qiang menghadiri dan menyampaikan ucaptama dalam upacara perasmian Forum Davos Musim Panas 2023 yang berlangsung di Tianjin pagi tadi.
Beliau menyeru semua pihak supaya lebih menghargai komunikasi dan interaksi, solidariti dan kolaborasi, keterbukaan dan perkongsian serta kedamaian dan kestabilan.
Beliau menyarankan sinergi diwujudkan untuk melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dengan berpandukan gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden Xi Jinping, demi membina dunia yang lebih indah.
Li berkata, China tetap pemacu utama kepada pertumbuhan mampan ekonomi dunia dalam tempoh sedekad lalu. China akan terus menyediakan momentum kuat kepada rejuvenasi dan pertumbuhan ekonomi global pada masa hadapan.
Beliau turut meluahkan hasrat China bersama usahawan pelbagai negara untuk mendukung globalisasi ekonomi, mengekalkan ekonomi pasaran, menyokong perdagangan bebas dan menggerakkan ekonomi dunia ke arah lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.