- Lain-lain
PM China Temu Anggota Lembaga Pengarah BFA
Perdana Menteri China, Li Qiang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Forum Asia Boao (BFA), Ban Ki-moon dan anggota-anggota lembaga itu di Boao, wilayah Hainan pada Rabu.
Li dalam ucapannya berkata tema BFA tahun ini iaitu ‘An Uncertain World: Solidarity and Cooperation for Development amid Challenges’ mencerminkan ciri-ciri situasi semasa dan keperluan terhadap kemajuan masyarakat manusia.
Kata beliau, ekonomi China memperlihatkan trend ke arah pemulihan secara mampan pada masa ini.
China komited memantapkan pertumbuhan ekonomi dan pasaran pekerjaan serta menstabilkan harga barangan menerusi dasar makro yang efektif, menambah baik iklim perniagaan dengan pemerkasaan pembaharuan dan keterbukaan pintu, selain mengorak langkah baharu ke arah pembangunan berkualiti tinggi.
Beliau turut menzahirkan hasrat supaya BFA dapat mempergiat interaksi antara Asia dengan dunia, di samping meneroka pendekatan untuk mengukuhkan tadbir urus global dan mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Pada pertemuan itu, para anggota lembaga pengarah BFA berpendapat bahawa kestabilan politik serta usaha pembaharuan dan keterbukaan China menyuntik elemen kepastian kepada dunia.
Mereka juga berharap dapat bersinergi dengan China bagi merungkai cabaran global, dan menukar ketidaktentuan dalam situasi antarabangsa kepada peluang pembangunan bersama.
- Forum Asia Boao 2023 Fokuskan Perkongsian Peluang BRI
- Ekonomi Asia Mampu Pulih Pantas: BFA
- Pesta di Kampung Indah
- BFA Jana Peluang Baharu kepada Negara ASEAN
- BFA Platform Dialog bagi Dunia Tangani Cabaran
- BFA 2023: China Teguh Perluas Keterbukaan
- Li Qiang akan Berucap pada Majlis Perasmian BFA 2023
- Pusat Media BFA Dirasmikan
- Forum Asia Boao Diadakan pada Hujung Mac