- Lain-lain
Forum Asia Boao 2023 Fokuskan Perkongsian Peluang BRI
Persidangan tahunan Forum Asia Boao (BFA) 2023 mengadakan subforum bertemakan "perkongsian peluang pembangunan Jalur dan Laluan (BRI)" pada 28 Mac.
Para peserta mengadakan perbincangan mengenai tuaian awal, dividen pembangunan dan peluang berpotensi BRI sejak ia dianjurkan sebagai produk awam global sepuluh tahun yang lalu.
Menurut statisitk, sehingga akhir tahun 2022, syarikat China telah melabur sejumlah USD57.13 bilion di zon kerjasama ekonomi dan perdagangan di negara-negara yang terlibat dalam BRI, di samping menawarkan sebanyak 421,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Kini, China telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan 18 negara yang terlibat dalam BRI, termasuk sepuluh negara ASEAN, Chile, dan New Zealand.
Para peserta yang menyertai sub-forum tersebut menyatakan bahawa negara-negara berkaitan BRI dikehendaki memperkasakan kerjasama perdagangan bebas dan menyumbang kepada pembinaan rangkaian perdagangan bebas global yang berkualiti tinggi.