99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Galakkan Aliran Sumber Tenaga Hijau di Rantau Asia-Pasifik

(CRI)Khamis 10 November 2022

Persidangan CEO Persatuan Industri Pembekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP) Tahun 2022 dirasmikan di Haikou, provinsi Hainan China semalam. Seramai lebih 800 peserta termasuk pegawai kanan, pakar dan sarjana serta wakil pertubuhan antarabangsa secara hibrid bersama-sama membincangkan kerjasama dalam bidang tenaga elektrik yang hijau, karbon rendah dan mampan pada masa depan.

Persidangan yang bertemakan “menerangkan masa depan dengan elektrik yang hijau dan karbon rendah” ini bertujuan menggalakkan pertukaran sektor tenaga elektrik di rantau Asia-Pasifik bahkan sejagat, dan merancakkan perkembangan kerjasama tenaga elektrik dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Memandangkan sebanyak 80% sektor pembekalan elektrik di rantau Asia-Pasifik masih bergantung kepada sumber petrokimia pada masa ini, para peserta menumpukan perhatian terhadap perbincangan berhubung penyelesaian masalah yang wujud lama dalam pembangunan sumber tenaga dan memperincikan kerjasama antarabangsa untuk mewujudkan pembangunan hijau, karbon rendah dan mampan. Mereka menyatakan bahawa pelbagai negara di rantau Asia-Pasifik diharap sinergi menggubal satu kerangka koridor tenaga elektrik hijau, melicinkan aliran tenaga hijau rentas kawasan, dan berusaha agar mewujudkan sifar pelepasan dalam sektor tenaga elektrik menjelang pertengahan abad ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan