- Lain-lain
Forum China CEO APEC 2022 Tumpu Kerjasama Ekonomi Hijau
Forum China Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dari Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2022 yang dirasmikan di Beijing pada Khamis menumpukan kepada pembangunan ekonomi hijau.
Penolong Menteri Perdagangan China, Li Fei dalam ucapan perasmian forum tersebut berkata, ia yang bertemakan “ke arah ekonomi hijau” itu adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan memperkasa kerjasama yang sama menang dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi global dan membina bersama Asia-Pasifik yang indah.
“Pada 2012, APEC telah mengeluarkan senarai produk mesra alam dan pelbagai entiti komited untuk menghapuskan dan mengurangkan tarif terhadap produk terbabit.
“Pada 2021 pula, APEC memuktamadkan untuk menambah jumlah item dalam senarai produk mesra alam itu bagi mendorong kebebasan dan kemudahan dalam bidang perkhidmatan persekitaran, sekali gus meneraju perkembangan dasar perdagangan hijau global,” kata beliau.
Menurut Li, China mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama APEC untuk membina rangkaian rantaian bekalan hijau dan menghapuskan rintangan perdagangan dan pelaburan hijau.
“Selain itu, China menggalakkan pengeksportan produk mesra alam yang meliputi kenderaan elektrik, menggalakkan transformasi pasaran kenderaan global ke arah rendah karbon.
“China menyokong perusahaan meningkatkan pelaburan terhadap luar negara dalam bidang ekonomi hijau, mencipta peluang pekerjaan bagi membantu rakan ekonomi mewujudkan pembangunan hijau.
“China juga mengambil bahagian secara aktif dalam kerjasama antarabangsa dan pernah memeterai memorandum persefahaman kerjasama pelaburan ekonomi hijau dengan 12 entiti yang meliputi rakan APEC,” jelasnya.
Li menambah, China akan terus berusaha untuk mendorong pembangunan ekonomi hijau global pada masa depan.
Beliau turut mencadangkan supaya penggiat perdagangan dan industri APEC agar mempertingkat inovasi dalam bidang sains dan teknologi, di samping mendorong kerjasama industri bagi terus menggalakkan pembangunan hijau serantau.