99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pemimpin Eropah Dinasihati Ambil Iktibar dari Krisis Tenaga

(CRI)Khamis 08 September 2022

Pada awal tahun ini, 25 peratus sumber tenaga di Kesatuan Eropah (EU) ialah gas asli dan 50 peratus daripadanya adalah dari Rusia. Namun sekarang, gas asli Rusia hanya menduduki 9 peratus daripada jumlah pengimportan Eropah. Demikian dinyatakan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron ketika menasihatkan rakyat negara itu agar menjimatkan tenaga seperti menurunkan suhu penghawa dingin, dan menetapkan suhu pemanasan pada 19 darjah Celsius pada musim sejuk.

Dalam menghadapi situasi kritikal itu, rakyat di Eropah sukar dapat mengawal diri. Ada warga Jerman menstok kayu api untuk dibakar pada musim sejuk yang akan datang. Di samping itu, rakyat di Czech dan Perancis mengadakan tunjuk perasaan, menuntut kerajaan menarik balik sekatan ke atas Rusia untuk membaiki kehidupan rakyat.

Namun, rakyat Eropah mendapati bahawa sahabat mereka di seberang Atlantik itu kekal diam sahaja. Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Jennifer Granholm baru-baru ini menghantar surat kepada beberapa syarikat penapis minyak dalam negeri, menuntut mereka jangan meningkatkan pengeksportan bahan bakar dan menumpukan kepada penyimpanan dalam negeri.

Diketahui umum bahawa krisis tenaga yang melanda Eropah pada masa ini adalah akibat tindakan beberapa negara Eropah yang mengikuti AS mengenakan sekatan terhadap Rusia. Rakyat Eropah pada akhirnya menyedari bahawa mereka telah menjadi mangsa sekatan itu, tetapi AS masih bermuka dua dalam permainan politik itu.

Selepas AS mengeluarkan larangan tenaga ke atas Rusia pada Mac tahun ini, negara itu menetapkan "tempoh penampan" bagi syarikat domestik supaya dapat membeli minyak dari Rusia dalam kuantiti yang banyak. Media mendedahkan bahawa selepas krisis Rusia-Ukraine tercetus, AS banyak mengimport produk sumber tenaga utama termasuk minyak dari Rusia. Pada masa yang sama, AS berjanji kepada negara sekutu dari Eropah bahawa pihaknya akan memberi bantuan sumber tenaga kepada mereka, tetapi ia bukanlah "sumbangan derma", tetapi perniagaan.

Menurut portal "bussiness insider" AS, setiap kapal yang membawa gas asli cecair dari AS ke Eropah dapat memperoleh keuntungan sebanyak USD100 juta.

Pemimpin Eropah harus mengambil iktibar daripada krisis tenaga pada masa ini, dan memilih jalan yang betul-betul sesuai dengan manfaat negara dan rakyat sendiri. 

Gaya Hidup