- Lain-lain
Penumpang Pesawat C919 Buatan China Cecah 1 Juta
Penumpang bergambar di hadapan pesawat C919 setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Meilan Haikou di Provinsi Hainan, selatan China pada 11 Disember 2024. (Xinhua/Yang Guanyu)
Pesawat penumpang besar, C919, yang dibangunkan secara domestik oleh China pada Khamis melakar sejarah apabila penumpang yang dibawanya telah mencecah 1 juta, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut China Eastern Airlines, penumpang kesejuta itu berada dalam penerbangan MU 2158 dari Shanghai ke Xi’an yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan tersebut.
Difahamkan, Perbadanan Pesawat Komersial China telah menghantar sejumlah 14 pesawat C919 kepada tiga syarikat penerbangan terkemuka China setakat ini, dengan operasi komersial pertamanya pada 28 Mei tahun lalu.
Untuk rekod, pesawat C919 yang pertama telah dihantar kepada syarikat penerbangan China Eastern Airlines pada 9 Disember 2022, dan sehingga ini ia telah mempunya sembilan pesawat C919, beroperasi pada lapan laluan, dan melakukan 6,240 penerbangan komersial, selain menerbangkan 850,000 penumpang.
Manakala, syarikat penerbangan China Southern Airlines dan Air China pula menerima pesawat C919 masing-masing pada 28 Ogos lalu.
- Laluan Penerbangan C919 Liputi 10 Bandar
- Jumlah Penumpang C919 Kini Melebihi Separuh Juta
- Penghantaran Jet C919 Buatan China Kepada Dua Syarikat Penerbangan Jadi Tanda Aras Baharu
- Air China Lengkapkan Ujian C919, Lebih Banyak Penerbangan Komersial Dijangka Menyusul
- Pesawat ARJ21, C919 China Debut di Malaysia
- Pesawat Komersial Buatan China C919 Buat Penerbangan Demo di Asia Tenggara
- Tinjauan pendapat anjuran CGTN mengenai ekonomi China II--Peningkatan Kualiti Ekonomi China Berkat Inovasi
- C919, ARJ21 Buat Debut di Pertunjukan Udara Singapura
- C919 Bakal Debut di Pertunjukan Udara Singapura
- C919 Lancar Laluan Penerbangan Komersial Kedua