- Lain-lain
Jumlah Penumpang C919 Kini Melebihi Separuh Juta
Pesawat pertama C919 untuk China Southern Airlines terbang dari Shanghai ke Guangzhou pada 29 Ogos 2024. (Xinhua/Tian Jianchua) |
Pesawat penumpang bersaiz besar yang dibangunkan sendiri oleh China iaitu C919 pada Ahad meraikan pencapaian penting apabila jumlah penumpangnya melepasi angka 500,000, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, sejak mula beroperasi pada 28 Mei 2023, C919 telah melakukan penerbangan selama lebih 10,000 jam, melengkapkan lebih daripada 3,700 penerbangan komersial dan membawa lebih 500,000 penumpang.
Untuk rekod, pesawat penumpang C919 yang pertama telah dihantar kepada China Eastern Airlines pada 9 Disember 2022, syarikat penerbangan itu telah mengembangkan kumpulan C919 kepada tujuh pesawat, mengendalikan lima laluan biasa yang menghubungkan Shanghai dengan Chengdu, Beijing, Xi'an dan Guangzhou, serta Beijing dengan Xi'an.
Pada 28 Ogos, Air China dan China Southern Airlines pula menerima pesawat C919 masing-masing di Shanghai, sekali gus menandakan detik penting apabila pembuat pesawat tempatan bersaiz besar China yang pertama memasuki fasa penghantaran pelbagai operator.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Penghantaran Jet C919 Buatan China Kepada Dua Syarikat Penerbangan Jadi Tanda Aras Baharu
- Air China Lengkapkan Ujian C919, Lebih Banyak Penerbangan Komersial Dijangka Menyusul
- Pesawat ARJ21, C919 China Debut di Malaysia
- Pesawat Komersial Buatan China C919 Buat Penerbangan Demo di Asia Tenggara
- Tinjauan pendapat anjuran CGTN mengenai ekonomi China II--Peningkatan Kualiti Ekonomi China Berkat Inovasi
- C919, ARJ21 Buat Debut di Pertunjukan Udara Singapura
- C919 Bakal Debut di Pertunjukan Udara Singapura
- C919 Lancar Laluan Penerbangan Komersial Kedua
- China Eastern Terima Pesawat C919 Keempat
- Pesawat C919 Buat Demonstrasi di Ruang Udara Hong Kong