- Lain-lain
Industri Tukar Beli Automobil China Lonjak Volum Perniagaan Syarikat Kitar Semula
Di Syarikat China Recycling Luoyang Renewable Resources Development yang terletak di Provinsi Henan, tengah China, suasana hingar-bingar menyaksikan trak dengan muatan kenderaan kitar semula sedang di bawa untuk dirungkai dalam sebuah bengkel di situ.
Foto kereta-kereta lama sedang menunggu giliran untuk dikitar semula di sebuah syarikat di Tongling, Provinsi Anhui, timur China pada 3 Ogos 2024. (People’s Daily Online/Guo Shining)
Di bengkel yang penuh sibuk tersebut, mesin-mesin beroperasi dengan kapasiti penuh. Komponen-komponen seperti pintu, tayar, bateri dan enjin telah dirungkai, diisih dan dihantar ke destinasi berbeza.
Misalnya, bahan besi akan dihantar ke kilang besi untuk digunakan semula, tayar lama akan dikitar semula oleh syarikat hiliran untuk menghasilkan butir getah, manakala enjin yang masih dalam keadaan baik akan dihantar ke kilang untuk diperbaharui semula mengikut piawaian kebangsaan.
Timbalan pengurus besar syarikat itu, Zheng Yinghui berkata bahawa dasar yang menguntungkan pada tahun ini telah menggalakkan banyak pemilik kenderaan untuk dikitar semula dan membeli yang baharu.
“Apabila dokumen-dokumen yang diperlukan telah disediakan, mereka boleh menuntut subsidi,” ujar beliau, sambil mengulas bahawa dasar tersebut adalah merujuk kepada inisiatif terkini China, iaitu mempromosi tukar beli kenderaan.
Langkah tersebut dilihat telah mencetuskan minat untuk orang ramai menaik taraf kenderaan, sambil menyaksikan syarikat-syarikat kitar semula mendapat tempiasnya apabila kereta lama masing-masing dihantar untuk dikitar semula.
Wang Gongxian, timbalan pengurus bahagian kenderaan kitar semula Syarikat China Recycling Luoyang Renewable Resources Development berkata bahawa terdapat lebih daripada 10,000 kenderaan kitar semula telah diterimanya setakat awal November, iaitu peningkatan tahunan sebanyak 70 peratus.
Difahamkan, bagi kebanyakan kenderaan lama, pemilik akan mendapat sekitar RMB2,000 untuk setiap tan.
Foto kenderaan kitar semula sedang dirungkai di sebuah bengkel di Liaocheng, Provinsi Shandong, timur China pada 25 September 2024. (People’s Daily Online/Ma Hongkun)
Zhang Yaoshen, seorang pemilik kenderaan kitar semula, berkata bahawa kenderaannya telah digunakan selama lebih sedekad dan penggunaan bahan api pula telah meningkat, sekali gus menjadikan alasannya untuk menukar kepada kenderaan jenis tenaga baharu.
Industri tukar beli kenderaan kini sedang menyuntik tenaga baharu ke dalam penggunaan automobil. Setakat 18 November, terdapat lebih daripada 4 juta permohonan subsidi untuk kitar semula dan penggantian kenderaan di seluruh China.
Pada sepuluh bulan pertama tahun ini, penghasilan dan jualan kenderaan China masing-masing melebihi 24 juta unit, secara tidak langsung mengekalkan pertumbuhan yang sedia kala tinggi.
Dari Januari hingga Oktober tahun ini, penghasilan dan penjualan NEV di China masing-masing meningkat sebanyak 33 peratus dan 33.9 peratus dari tahun ke tahun, yang mencerminkan peningkatan menggalakkan terhadap penggunaan hijau di seluruh negara.
Foto seorang wanita sedang bertanya mengenai dasar tukar beli di sebuah syarikat di Nanchang, Provinsi Jiangxi, timur China pada 23 Oktober 2024. (People’s Daily Online/Bao Gansheng)
Program tukar beli juga telah membuka peluang baharu untuk industri kitar semula. Dari Januari hingga Oktober, sebanyak 5.846 juta kenderaan telah dikitar semula di seluruh negara, iaitu peningkatan tahun ke tahun sebanyak 55.9 peratus. Manakala, pada Oktober sahaja, jumlah kenderaan kitar semula mencecah 879,000, meningkat 113.4 peratus berbanding setahun lalu.
Perusahaan kitar semula di seluruh China sedang mempercepatkan inovasi teknologi dan meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Sebagai contoh, syarikat-syarikat dilihat menggunakan kaedah penggunaan berperingkat untuk bateri kuasa terpakai untuk memaksimumkan kitaran hayat mereka. Sebagai tindak balas kepada peningkatan sisa bas bandar, trak diesel dan jentera pertanian, perniagaan mengembangkan operasi mereka untuk meningkatkan kelajuan dan kecekapan kitar semula dan penggunaan semula.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa yang berkaitan sedang berusaha untuk mengawal selia pasaran dan menambah baik perkhidmatan. Untuk menjadikan proses lebih mudah dan meyakinkan bagi pemilik kereta, kerajaan kerap memberikan maklumat tentang syarikat kitar semula dan pembongkaran kenderaan berlesen.
Difahamkan, usaha juga sedang dilakukan untuk menambah baik rangkaian kitar semula, mengoptimumkan susun atur perusahaan, dan mempromosikan perkhidmatan pengumpulan kenderaan dari pintu ke pintu.
Dengan kesan berterusan dasar tukar beli, pasaran jualan kereta baharu China dan pasaran selepas jualan automotif bersedia untuk pertumbuhan yang lebih besar.
- Syarikat China Akan Bina Kilang Bateri secara Usaha Sama di Sepanyol
- Sektor Industri Automobil Britain Diseru Tingkatkan Kerjasama dengan China
- Pengeluaran Tahunan NEV China Lepasi 10 Juta
- Sinergi Lebih Rancak Industri Automotif, Sasaran Henan
- Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
- China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV
- Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’
- Pengeluar Auto China Bantu Industri Kenderaan Thailand ke Arah EV
- China Bantah Keputusan Muktamad EU tentang Anti-subsidi BEV
- CCPIT Harap Selesaikan Pertikaian Perdagangan BEV dengan EU