- Lain-lain
Pikap Elektrik Buatan China yang Pertama Mula Dipasarkan di Thailand
Geely Holding Group China telah mengadakan satu majlis pelancaran produk untuk trak pikap elektrik buatannya yang berjenama Riddara di Bangkok pada Selasa.
Riddara buatan China itu turut merupakan trak pikap elektrik tulen yang pertama hadir di pasaran Thailand.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand Prasert Jantararuangthong pada majlis pelancaran itu berkata, kehadiran trak pikap elektrik tulen model pertama yang dipromosi oleh syarikat pengeluar automotif China di Thailand telah menambah pilihan kepada pasaran tempatan dalam bidang kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kondusif bagi pelaksanaan wawasan Thailand untuk berkembang menjadi pangkalan pengeluaran BEV dan alat ganti di rantau ASEAN.
Sejak bermulanya pelaksanaan program pengantarabangsaan jualan produk Riddara pada Julai 2023, syarikat Geely telah berjaya meneroka sebahagian pasaran asing seperti Asia Tenggara, Asia Tengah, Eropah Timur, Asia Barat dan Amerika Latin.
- China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV
- Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’
- Pengeluar Auto China Bantu Industri Kenderaan Thailand ke Arah EV
- Lihat Sepintas Rel Buatan China di Hanoi
- China Bantah Keputusan Muktamad EU tentang Anti-subsidi BEV
- CCPIT Harap Selesaikan Pertikaian Perdagangan BEV dengan EU
- EV Jenama China Mendominasi Pasaran Indonesia pada Ogos
- Pencapaian Industri Bateri Kuasa, Rantaian Bekalan, Ditonjolkan pada Persidangan Bateri Kuasa Dunia 2024
- EV China Pamer Prestasi Cemerlang di Pasaran Indonesia
- Jenama China Jadi Pendahulu Jualan Kereta di Sepanyol