- Lain-lain
Kampung Dafen: Daripada Replika Karya Kepada Seni Asli (5)
Gambar ini memperlihatkan kedai lukisan di kampung Dafen, Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China. |
Terletak di pinggir bandar Longgang, Shenzhen, selatan China, kampung Dafen yang diduduki puluhan ribu pelukis profesional dengan ribuan kedai berkaitan dengan lukisan, dikenali sebagai kampung lukisan minyak kerana mampu menghasilkan lukisan tiruan yang hampir sempurna.
Pada masa kegemilangannya, 70 peratus daripada lukisan minyak yang dijual di Eropah dan Amerika adalah dari China, dan antaranya empat daripada lima dihasilkan di kampung itu. Setelah berkembang selama 30 tahun, kampung itu kini menghasilkan seni asli daripada dahulunya replika karya.
Transformasi dalam Krisis
Pada tahun 2008, eksport mulai merosot di Dafen akibat krisis kewangan global. Kampung Dafen mulai mengalihkan tumpuan daripada menghasilkan replika karya kepada menciptakan seni asli.
Disokong kerajaan tempatan, kampung Dafen mulai menerokai potensi pasaran domestik dan membangunkan harta intelek sendiri serta produk berkenaan dengan kehadiran beberapa syarikat terkemuka.
Sementara itu, para peniaga tempatan giat menerokai perniagaan baharu selain daripada melukis dan menjual lukisan, iaitu membolehkan pelancong melukis sendiri, dan ini mendapat sambutan hangat daripada pelancong.
Setia Membuat Perubahan
Kerajaan Longgang turut menggalakkan syarikat tempatan menghadiri pameran profesional dalam dan luar negeri untuk memperluaskan lagi pasaran.
Di samping itu, peniaga tempatan turut memanfaatkan digitalisasi dan menggunakan platform e-dagang dan video pendek untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan dan perhatian.
Menyentuh masa depan kampung Dafen, Long Tengfei, Presiden Persatuan Industri Seni Dafen agak optimis, “Kami kini mempunyai rangkaian industri lukisan minyak yang sangat matang, dan pasaran seni China masih mempunyai potensi besar.”
“Kami akan terus meningkatkan kemampuan diri, menarik lebih banyak artis muda yang mempunyai wawasan antarabangsa, dan menyepadukan diri dalam pasaran seni global dengan lebih baik,” katanya.
Daripada meniru karya orang kepada menciptakan seni asli, kampung Dafen bukan sekadar teladan bagi inovasi industri budaya China, tetapi juga contoh transformasi industri yang berjaya di bawah kerangka dasar pembaharuan dan pintu terbuka China.
Masa depan kampung Dafen masih memiliki banyak kemungkinan yang tidak terduga.
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Nak Lihat Jerung Paus Robot? Ayuh ke Shenzhen!
- Shenzhen Aktif Wujudkan ‘Bandar Pengecasan Super’
- Teknologi Terkini Buat Debut di Ekspo Industri Pembinaan Pintar Shenzhen
- 4.83 Juta TEU Dikendalikan Pelabuhan Shenzhen Dua Bulan Pertama 2024
- Shenzhen akan Bina Hab Logistik Pintar di Stesen Kargo Kereta Api
- Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar
- Shenzhen: Pusat Fesyen, Gaya yang Makin Berkembang
- Shenzhen, Peneraju Inovasi Teknologi
- Terokai Geopark Negara Semenanjung Dapeng di Shenzhen