99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

TCM Temui Pasaran Baharu, Produk Makanan dan Latte Herba Dapat Permintaan Tinggi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 27 November 2024

Seorang ahli farmasi sedang memproses ubat Cina tradisional di kilang Syarikat Kumpulan Tongrentang Beijing. (Foto/China Daily)

Seorang ahli farmasi sedang memproses ubat Cina tradisional di kilang Syarikat Kumpulan Tongrentang Beijing. (Foto/China Daily)

Produk perubatan tradisional Cina (TCM) semakin berkembang melangkaui parameter farmasi apabila pengusaha perniagaan kini menggabungkan ia dengan makanan dan minuman modern.

Turut tidak ketinggalan, pihak farmasi dan hospital yang bersejarah lama juga menawarkan produk seperti teh minuman herba dan makanan khusus. Misalnya, farmasi Kuil Baita Beijing telah memperkenal produk minuman latte pear loquat, manakala Hospital Pengajar Pertama Universiti Perubatan Tradisional Cina Tianjin pula menjual roti dengan ramuan herba seperti astragalus yang merupakan antiviral.

Ketika ini, trend untuk mengintegrasikan TCM dengan katering semakin mendapat momentum, dengan produk berasaskan TCM seperti roti, ais krim, dan kopi berjaya menarik jumlah pengguna yang kian meningkat.

Menurut Zhang Jin, doktor di Hospital Xiyuan Akademi Sains Perubatan China, trend tersebut secara tidak langsung mencerminkan peningkatan kesedaran kesihatan dan membantu lebih banyak individu untuk mengetahui prinsip-prinsip TCM.

Pakar diet berkait makanan perubatan, Hu Hefeng memberitahu bahawa demografi pengguna TCM juga beralih kepada golongan muda, dengan individu yang lahir selepas 1995 lebih ramai membeli produk-produk tersebut atas dorongan untuk mencabar kenyataan bahawa makanan berasaskan TCM hanya mampu menarik perhatian golongan lebih tua.

Seorang ahli farmasi sedang menyusun ubat Cina tradisional di pusat perubatan  di Bandar Qiaokou, Daerah Wangcheng, Changsha, Provinsi Hunan, tengah China. (Xinhua/Chen Zeguo)

Seorang ahli farmasi sedang menyusun ubat Cina tradisional di pusat perubatan di Bandar Qiaokou, Daerah Wangcheng, Changsha, Provinsi Hunan, tengah China. (Xinhua/Chen Zeguo)

Pada Mei, Hospital Perubatan Cina Provinsi Zhejiang melancarkan sup plum salai dengan harga RMB 1.91 (sekitar RM 1.10), yang menyaksikan ia berjaya menerima tempahan sebanyak 1.15 juta pesanan melalui platform dalam talian hospital dalam tempoh 24 jam sahaja.

Pengarah hospital tersebut, Ye Wenyi menyatakan bahawa lebih daripada 80 peratus pesanan datang daripada golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun.

Untuk rekod, China mengawal selia dengan ketat terhadap penggunaan bahan-bahan perubatan tradisional di dalam produk makanan.

Meskipun Undang-undang Keselamatan China tidak membenarkan penambahan ubat-ubatan di dalam makanan, namun ia membenarkan bahan tradisional untuk digunakan sebagai makanan dan juga ubat.

Pembuat kopi di kedai kopi di Beijing membuat kopi herba. (Foto/Xinhua)

Pembuat kopi di kedai kopi di Beijing membuat kopi herba. (Foto/Xinhua)

Pada 2021, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China memperkenalkan undang-undang untuk mengawal bahan-bahan dwi-guna. Antara 102 bahan-bahan tradisional yang tersenarai dalam senarai yang diluluskan setakat November 2023 adalah bunga cengkih, keladi Cina, hawthorn dan beri goji.

Di Provinsi Shandong, timur China, sebanyak lebih 130,000 perniagaan berkait penjagaan kesihatan berasaskan TCM telah ditubuhkan serta sekitar 200 restoran makanan perubatan TCM.

Melangkah ke hadapan, provinsi itu turut melancarkan pelan pembangunan untuk industri TCM dengan objektif untuk mengintegrasikan makanan yang mengandungi perubatan di rumah, komuniti dan kemudahan penjagaan kesihatan.

Video

Berita Berkaitan