- Lain-lain
China Bakal Bangunkan TCM Digital, Pintar
China akan memperluas integrasi teknologi digital ke dalam pembangunan perubatan tradisional Cina (TCM) dalam tempoh tiga ke lima tahun akan datang.
Menurut Pentadbiran Kebangsaan Perubatan Tradisional Cina (NATCM), teknologi seperti data raya dan kecerdasan buatan (AI) boleh memudahkan perkongsian data TCM, serta membantu membina TCM digital dan pintar, lapor agensi berita Xinhua.
Difahamkan, NATCM selaku pengawal selia dan Pentadbiran Data Kebangsaan baru-baru ini telah mengeluarkan garis panduan yang menggalakkan institusi perubatan berasaskan TCM untuk mendigitalkan perkhidmatan masing-masing, membangunkan sistem rekod perubatan, dan membina farmasi pintar TCM.
Memetik garis panduan yang disediakan itu, institusi tersebut diminta untuk berkongsi rekod digital dan mengiktiraf keputusan ujian daripada pihak lain.
Antara lain yang terkandung dalam garis panduan tersebut adalah pengaturan untuk pemupukan bakat TCM, pembangunan inovatif dan komunikasi budaya yang didayakan melalui pendigitalan.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami