99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Laksana Dasar Kawalan Dadah Paling Ketat di Dunia

(CRI)Rabu 27 November 2024

China antara negara yang melaksanakan dasar kawalan dadah yang paling ketat dan menyeluruh di dunia. China dan Amerika Syarikat (AS) telah menjalankan kerjasama yang berkesan dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah dan ini dapat dilihat oleh masyarakat antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Luar China berkata demikian dalam sidang media di Beijing pada Rabu.

Menurut laporan, Presiden terpilih AS Donald Trump dalam hantaran di media sosial berkata, pihaknya telah mengadakan rundingan dengan China tentang isu dadah termasuk Fentanyl, namun gagal mencapai kemajuan. Oleh sebab sejumlah besar dadah masuk ke wilayah AS, maka AS akan mengenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus terhadap barangan yang diimport dari China.

Jurucakap itu berkata, Fentanyl ialah masalah AS. China telah memberikan sokongan kepada AS untuk menangani masalah tersebut berdasarkan semangat kemanusiaan.

Pada 2019, China telah memasukkan Fentanyl ke dalam kategori bahan kawalan penuh, dan China ialah negara pertama di dunia yang berbuat sedemikian.

Jurucakap itu berkata, China bersedia meneruskan kerjasama antidadah dengan AS berdasarkan prinsip sama rata, sama menang dan saling hormat.

Beliau juga mengingatkan AS supaya menghargai kesediaan China demi menjaga hasil kerjasama kedua-dua negara dalam bidang tersebut.

Video

Berita Berkaitan