- Lain-lain
Usahawan AS Mahu Manfaatkan Peluang dari Kerjasama China-AS
Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Ren Hongbin memberi ucapan pada Forum Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi China-AS di New York, Amerika Syarikat pada 29 Julai 2024. (Xinhua/Liu Yanan)
Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Ren Hongbin memaklumkan pihaknya mengetuai satu delegasi yang terdiri daripada 50 individu untuk melalukan lawatan kerja selama seminggu di Amerika Syarikat (AS).
Menurut beliau, delegasi tersebut akan mengadakan pertukaran secara meluas dan mendalam antaranya dengan Jabatan Perdagangan AS, Kerajaan Negeri New York dan Maryland, Dewan Perniagaan AS, serta Majlis Perniagaan AS-China.
Dalam ucapannya dihadapan sekitar 300 usahawan semasa Forum Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi China-AS pada Isnin, Ren menyatakan bahawa pihaknya menanti-nantikan untuk mencapai hasil konkrit, seterusnya menyemai pendorong pertumbuhan baharu menerusi forum seperti itu.
Tambah beliau, perdagangan dua hala antara AS dan China berkembang 2.9 peratus untuk separuh pertama 2024, dengan jumlah syarikat AS yang mengumumkan untuk melabur di China meningkat sebanyak lebih 20 peratus. Pada masa sama, jumlah pelaburan sebenar turut melonjak dua kali ganda.
Para usahawan dari Amerika Syarikat (AS) menzahirkan keyakinan mereka terhadap peluang penuh potensi yang bakal muncul susulan hubungan komersial yang kukuh antara AS dan China.
Ketua pegawai operasi Majlis Perniagaan Antarabangsa AS, Declan Daly dalam ucapannya menyatakan bahawa pihaknya positif terhadap usaha pentadbiran semasa untuk menyambung semula dialog dan kerjasama dua hala dengan China.
Jelasnya, sekarang adalah masa yang tepat untuk AS berbincang semula dengan China khususnya mengenai isu-isu penting dan hubungan perdagangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap pertikaian sejak sekian lama.
“Untuk ke arah itu, kami mengalu-alukan untuk mewujudkan dialog dua hala secara kerap,” tambah Daly.
Beliau turut berkata bahawa tiada sebarang kesangsian terhadap kepentingan hubungan ekonomi yang sangat besar antara AS dan China dengan ahli-ahlinya, yang secara kolektifnya mempunyai pulangan tahunan sebanyak lebih AS$5 trilion dan 11.5 juta pekerja.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan untuk Kefahaman Antarabangsa, Peter Tichansky menyatakan bahawa AS dan China sealiran dalam isu-isu seperti invoasi, peralihan tenaga, kecerdasan buatan, cip dan perdagangan.
Peter Tichansky, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan untuk Kefahaman Antarabangsa menyampaikan ucapan pada Forum Kerjasama Perdagangan dan Ekonomi China-AS di New York, Amerika Syarikat pada 29 Julai 2024. (Xinhua/Liu Yanan)
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat
- Gabenor PBOC Temu Setiausaha Perbendaharaan AS
- Naib Perdana Menteri China Temui Setiausaha Perbendaharaan AS
- China, AS Bincang Keselematan Ketenteraan Maritim
- Mesyuarat Kumpulan Kerja China, AS Bincang Kerjasama Perdagangan Dua Hala
- Xi, Biden Adakan Perbualan Telefon
- China, AS Teruskan Rundingan Dasar Luar
- Pegawai Kanan PKC Lawat AS
- Mesyuarat Kementerian Pertahanan China, AS ke-17 Berlangsung
- Hasil yang Konstruktif Tercapai dalam Perbincangan Tentera China-AS