- Lain-lain
Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN 2024, Platform Terbaik Eratkan Hubungan China-ASEAN
Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN 2024 merupakan satu inisiatif yang bagus dalam usaha untuk mengeratkan kerjasama antara media China dan ASEAN.
Konsul Jeneral Malaysia di Nanning, Ahmad Phadil Ismail berkata China dan ASEAN juga perlu lebih proaktif dalam menjamin penyebaran media yang lebih tepat dan bermanfaat kepada masyarakat.
Sementara itu ketika ditemu bual wartawan CGTN Malay, Ahmad Phadil berkata Malaysia boleh memanfaatkan platform ini untuk mempromosikan Malaysia selain bertukar pendapat dan teknologi lebih-lebih lagi dengan China.
“Kita dapat ambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan dengan China dan ASEAN. Satu lagi kita boleh guna platform ini untuk mempromosikan Malaysia, bertukar pendapat dan teknologi terutamanya dengan China sebab teknologi mereka kedepan dan cara promosi mereka juga berlainan, jadi kita dapat ambil peluang tersebut untuk menerapkan apa yang baik dilakukan di China di Malaysia,” kata beliau.
Mengulas mengenai bagaimana Malaysia boleh bertindak sebagai agen penyatuan ASEAN memandangkan Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN 2025, beliau berkata Malaysia boleh mengambil peluang tersebut untuk mengeratkan hubungan dan memberi penekanan fungsi ASEAN sebagai satu medium yang menerapkan kestabilan di rantau Asia khususnya Asia Tenggara.
“China merupakan rakan dialog yang aktif dan penting bagi ASEAN dan Malaysia boleh memainkan peranan penting tahun depan sebab kita akan jadi Pengerusi ASEAN, jadi Minggu Kerjasama Rakan Media ini platform yang boleh diambil untuk bawa peranan tersebut,” ujar beliau.
Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN 2024 dirasmikan di Guilin, wilayah Guangxi pada Jumaat.
- Presiden Xi Bertemu PM Anwar
- Syarikat Malaysia Perlu Manfaatkan CIIE Untuk Kembangkan Pasaran Ke China - CEO MATRADE
- China, Malaysia Sepakat Promosi Kerjasama Maritim
- Festival Filem China Buka Tirai di KL
- Bagai Aur dengan Tebing, Malaysia dan China Saling Bantu, Saling Untung
- Sultan Ibrahim Sempurnakan Penamaan Semula Kursi Pengajian Melayu BFSU
- Lonjakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia ke Tahap Baharu - Xi
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan Lawat China
- China, Malaysia Sedia Tingkatkan Kerjasama Keselamatan
- Presiden Xi Ucapakan Tahniah kepada Agong Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia