- Lain-lain
Syarikat Malaysia Perlu Manfaatkan CIIE Untuk Kembangkan Pasaran Ke China - CEO MATRADE
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai merupakan platform yang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh syarikat Malaysia untuk mengembangkan pasaran mereka di negara China.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata CIIE adalah platform penting kerana China merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut. Justeru, pasaran China amat penting untuk diterokai oleh para pengeksport Malaysia.
"Saya merasakan ini salah satu contoh platform yang perlu digunakan oleh syarikat Malaysia dan MATRADE akan terus menerajui syarikat-syarikat Malaysia untuk terus berkembang di China.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual wartawan CGTN Malay di Shanghai hari ini.
Ketika ditanya mengenai rancangan MATRADE untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat bumiputera, Datuk Mohd Mustafa berkata pejabat MATRADE telah tertubuh pada 1993, dan kini ada lima pejabat di China iaitu di Beijing, Shanghai, Chengdu, Guangzhou dan Hong Kong.
"Sudah pastinya kehadiran MATRADE di kawasan-kawasan penting di China ini akan dapat membantu bukan sahaja syarikat bumiputera tetapi juga semua komuniti pengeksport Malaysia," kata beliau.
- China, Malaysia Sepakat Promosi Kerjasama Maritim
- Festival Filem China Buka Tirai di KL
- Dua Kapal Tentera Laut China Melawat Malaysia
- Malaysia Mahu Terokai Lagi Teknologi Baru Muncul di China: Menteri
- Dialog Kerajaan Malaysia, CEO China Diadakan di Nanning
- Bagai Aur dengan Tebing, Malaysia dan China Saling Bantu, Saling Untung
- Sultan Ibrahim Sempurnakan Penamaan Semula Kursi Pengajian Melayu BFSU
- Lonjakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia ke Tahap Baharu - Xi
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia akan Lawat China
- China, Malaysia Sedia Tingkatkan Kerjasama Keselamatan