- Lain-lain
CIIE Platform Penting Bagi Malaysia - Tengku Zafrul
Diangkat selaku Negara Kehormat pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai, menjadi satu penghormatan besar buat Malaysia.
Malah penyertaan Malaysia dalam CIIE menjadi lebih bermakna pada tahun ini dengan pembukaan Pavilion Malaysia dan Pavilion Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM), selepas penyertaan Malaysia selama tujuh kali berturut-turut sebelum ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika diwawancara oleh wartawan CGTN MALAY di Shanghai, menyatakan bahawa CIIE agak unik kerana ia merupakan ekspo yang memberi fokus kepada pengeksport untuk datang ke negara China.
Justeru, dengan menjadi negara kehormat telah meletakkan Malaysia di atas platform di mana banyak negara akan lebih mengenali produk buatan Malaysia. Bukan sahaja negara China, tetapi juga negara-negara yang lain terlibat dalam CIIE.
Menurut beliau, China adalah rakan dagang yang terbesar untuk Malaysia selama 15 tahun berturut-turut. Malah untuk sembilan bulan pertama tahun ini sahaja, perdagangan bilateral meningkat sekitar 9 peratus, sekali gus menunjukkan perdagangan antara Malaysia dan China bertambah kukuh.
Katanya CIIE ini penting kerana ia memberi peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memahami lebih mendalam mengenai peluang dan akses kepada pasaran di negara Tembok Besar ini.
- Tinjauan: China Pasaran Bebas yang Berdaya Saing
- Anwar Rasmikan Pavilion Malaysia di CIIE ke-7
- Lingkungan Sahabat CIIE Makin Luas
- Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 Buka Tirai di Shanghai
- Bilangan Pempamer CIIE ke-7 Catat Rekod Baharu
- PM Li Bersimposium Bersama Wakil Pempamer CIIE
- CIIE Ke-7 Sedia Buka Tirai
- Stesen Kereta Api Shanghai Sediakan Ruang Perkhidmatan Untuk CIIE ke-7
- PM Li Bakal Hadiri Majlis Perasmian CIIE ke-7
- Kongsi Peluang dari Pasaran China melalui CIIE