99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kongsi Peluang dari Pasaran China melalui CIIE

(CRI)Sabtu 02 November 2024

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) antara langkah utama China untuk meningkatkan tahap keterbukaan, dan juga satu tindakan yang tulen untuk mendorong pembinaan ekonomi dunia yang terbuka. Oleh itu, China bersedia bersama dengan pelbagai negara berkongsi peluang dari pasaran domestiknya yang sangat besar melalui CIIE.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam.

CIIE ke-7 bakal membuka tirai pada minggu depan, dengan pelbagai kerja persiapan berjalan lancar pada masa sekarang. Menurut statistik, sebanyak 297 buah syarikat dalam senarai top 500 sedunia dan hampir 800 buah entiti pembelian dari pelbagai negara akan menjadi pempamer dalam CIIE kali ini. Kedua-dua angka tersebut merupakan rekod tertinggi dalam sejarah temasya itu.

Lin berkata, keterbukaan sebagai konsep teras CIIE, sudah diiktiraf sebagai tanda ikonik pembangunan China pada zaman kontemporari.

"China giat membantu lebih banyak negara membangun meningkatkan penglibatan dalam proses globalisasi ekonomi yang universal dan inklusif melalui CIIE, misalnya memberi sokongan kepada 37 buah negara yang paling ketinggalan untuk hadir dalam zon pameran kenegaraan dan pameran untuk sektor korporat, dan terus memperluas ruang pameran khas bagi produk buatan Afrika di zon pameran makanan dan hasil pertanian", kata Lin.

Video

Berita Berkaitan