- Lain-lain
Xi Garis Usaha Pacu Pemodenan di Hubei
Presiden Xi Jinping membuat tinjauan selama tiga hari di provinsi Hubei, tengah China bermula 4 Oktober.
Tinjauan itu dimulakan dengan kunjungan ke sebuah muzium di kaunti Yunmeng, bandar Xiaogan yang menyimpan lebih 5,000 tinggalan budaya.
Xi berkata penyelidikan arkeologi dan perlindungan tinggalan budaya perlu terus diperkasa sebagai asas untuk menyemarakkan budaya tradisional serta memperkukuh keyakinan dari segi budaya.
Beliau turut menjejakkan kaki ke kaunti Jiayu, bandar Xianning untuk melihat sendiri pembangunan kawasan luar bandar pada Selasa.
Terletak di tebing selatan di tengah Sungai Yangtze, Jiayu mengusahakan penanaman sayur sebagai komponen utama industri pertaniannya.
Tanaman sayur di kaunti itu mencatat 19,300 hektar dengan pengeluaran tahunan sebanyak 1.27 juta tan.
Ketika berada di kampung Siyi, Xi turun ke ladang dan dimaklumkan mengenai jenis sayur yang ditanam, penggunaan teknologi serta hasil jualan.
Beliau juga melawat rumah penduduk tempatan untuk mengetahui pendapatan kaum tani, pekerjaan golongan muda serta akses kepada perkhidmatan perubatan dan penjagaan warga emas.
Beliau menyatakan bahawa dalam usaha memacu pemodenan ala China, pembangunan kawasan luar bandar perlu dipercepat dengan memprioritikan industri yang mampu membantu rakyat menambah pendapatan.
Institut Inovasi dan Pembangunan Perindustrian Wuhan merupakan destinasi terakhir dalam agenda tinjauan kali ini.
Xi berkata dengan kelebihan dari segi teknologi dan bakat, Hubei perlu terus maju ke hadapan dalam membuat inovasi teknologi dan perindustrian, selain mempergiat usaha untuk menguasai teknologi penting dan meningkatkan pengaplikasian hasil teknologi berkenaan.
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Pemodenan China, jalan menuju pembangunan secara damai
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Understanding China | Pemodenan China demi kemakmuran bersama seluruh rakyat