- Lain-lain
Serangan Keganasan di Pakistan: 2 Warga China Terbunuh 1 Cedera
Dua kakitangan China terbunuh, seorang lagi cedera, dan terdapat juga sejumlah kakitangan Pakistan maut atau cedera dalam serangan keganasan yang menyasarkan konvoi Syarikat Kuasa Elektrik Pelabuhan Qasim yang berkaitan dengan pelaburan China, di tempat yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.
Kedutaan Besar dan Konsulat Jeneral China di Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas tersebut dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa kedua-dua negara dan menyatakan rasa simpati yang tulus kepada kakitangan yang tercedera dan keluarga mereka. Pihak China sedang berusaha bersama-sama dengan pihak Pakistan untuk mengendalikan urusan selepas insiden itu.
Kedutaan Besar dan Konsulat Jeneral China di Pakistan juga segera melancarkan kerja kecemasan, meminta pihak Pakistan berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan kepada mereka yang cedera, menyiasat serangan itu secara menyeluruh untuk mengheret suspek ke muka pengadilan, dan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menjamin keselamatan warga negara, institusi dan projek China di negaranya.
- Lesen Peguam Anak Biden Ditarik Balik
- 114,000 Individu Dilarang Milik Senjata Api
- China Kecam Serangan Bom di Pakistan
- Rusia Berkabung, Tahan Empat Penyerang
- China Kutuk Keras Serangan Pengganas di Moscow
- Statistik Tunjuk Keganasan Senjata Api Berleluasa di AS
- China Menentang Tegas Amalan Dwistandard dalam Anti Keganasan
- Dua Maut Insiden Tembakan di Oklahoma
- Visi Komuniti Berkongsi Nasib Dimaktub Lagi dalam Resolusi UNGA
- China Ratifikasi Pemeteraian Protokol Senjata Api