- Lain-lain
Visi Komuniti Berkongsi Nasib Dimaktub Lagi dalam Resolusi UNGA
Visi komuniti berkongsi nasib sesama insan termaktub dalam resolusi diluluskan Jawatankuasa Perlucutan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Geneva, pada Selasa.
Ia sekali gus menyaksikan visi China itu dimasukkan dalam resolusi berkenaan selama tujuh tahun berturut-turut sejak 2017.
Resolusi yang diterima pakai dalam sesi ke-78 UNGA itu menekankan perlunya tindakan praktikal diambil masyarakat antarabangsa untuk mengelak perlumbaan senjata di ruang angkasa, menggalakkan penggunaan dan eksplorasi angkasa lepas bagi tujuan damai, dan bersinergi membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Duta China bagi hal ehwal pelucutan senjata, Shen Jian menyifatkan perkara itu mencerminkan aspirasi masyarakat antarabangsa untuk memelihara kedamaian dan keselamatan berkekalan di angkasa lepas.
"Dalam konteks penerokaan angkasa lepas, visi berkenaan dipraktikkan dengan tujuan mengekalkan keamanan, keselamatan, keterbukaan dan kerjasama di ruang angkasa."
"Ia juga menyasar untuk memastikan manfaat daripada keselamatan dan pembangunan angkasa lepas dinikmati seluruh umat manusia," kata beliau ketika berucap pada sesi itu.
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- China Ratifikasi Pemeteraian Protokol Senjata Api
- China Ratifikasi Pemeteraian Protokol Senjata Api
- Keganasan Senjata Api Pembunuh Terbesar Juvenil di AS
- Keganasan Senjata Api: 25,198 Terbunuh di AS Tahun Ini
- China Sokong Pelan Tindakan Antikeganasan Pakistan
- Xi Sampaikan Takziah Insiden Serangan Ganas di Uganda
- Gencatan Senjata Selama 24 Jam di Sudan
- Insiden Tembakan Ragut 11,500 Nyawa Lebih dalam 100 Hari Pertama Tahun Ini di AS
- SDF Culik Rakyat Jelata Syria
- Lebih 6,000 Remaja Jadi Mangsa Keganasan Senjata Api di AS