- Lain-lain
Lebih 300 Tapak Peninggalan Budaya Ditemukan di Xizang
Antelop Tibet sedang meragut rumput di Rizab alam semula jadi negara Serling Tso di Bandar Nagqu, Wilayah Autonomi Xizang barat daya China, 26 Ogos 2024. (Xinhua/Zhang Rufeng) |
Biro relik budaya serantau memaklumkan bahawa lebih 300 tapak peninggalan budaya telah ditemukan di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China semasa tinjauan arkeologi yang sedang dijalankan di kawasan 4,500 meter di atas paras laut.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, penemuan itu terdiri daripada zaman purba hingga moden dan termasuk pelbagai jenis peninggalan budaya, seperti makam, seni bina purba, kediaman, lukisan batu dan alat batu.
Dawa, ketua pasukan tinjauan di Nagqu memberitahu bahawa pasukannya melakukan lawatan lapangan, menemu bual penduduk tempatan dan menyemak dokumen sejarah untuk mengenal pasti peninggalan tersebut.
“Walaupun terdapat cabaran yang berlaku berikutan lokasi terpencil, rupa bumi yang kompleks dan komunikasi yang lemah, kami berjaya mencapai kemajuan yang ketara,” katanya.
Difahamkan, terdapat 107 pasukan tinjauan yang merangkumi sejumlah 1,037 ahli yang mengambil bahagian dalam tinjauan peninggalan di seluruh Xizang, dengan kerja lapangan sedang dijalankan di 11 daripada 16 daerah di rantau itu yang terletak pada ketinggian melebihi 4,500 meter.
- Kemuncak FOCAC 2024: Apabila Teknologi Bertembung dengan Budaya
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Pemandangan Seindah Lukisan di Taman Tanah Lembap Kebangsaan Yani di Xizang
- Kraftangan Tibet Semakin Terkenal
- Xizang yang Menakjubkan: Tanah Misteri Yi’ong
- Isu Xizang Tidak Boleh Dicampuri Pihak Luar
- Bilangan Pelancong ke Xizang Cipta Rekod
- Program Warisan Budaya Tidak Ketara Shigatse Buat Debut di ICIF
- Harimau Bintang Salji Dilepaskan ke Habitatnya di Xizang
- Kereta Api Laju Menuju ke Musim Bunga di Xizang
- Pelancong Nikmati Keindahan Tasik Yumco Yamzbog
- Jumlah Pelancong ke Xizang Catat Rekod Tertinggi pada 2023