- Lain-lain
Isu Xizang Tidak Boleh Dicampuri Pihak Luar
Xizang ialah sebahagian wilayah China sejak zaman dahulu kala, manakala isu Xizang merupakan urusan dalaman China yang tidak boleh dicampuri pihak luar.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelulusan akta membabitkan isu Tibet oleh Kongres Amerika Syarikat (AS), pada sidang media di sini, pada Selasa.
Selain itu, Senator AS juga dilaporkan akan bertemu dengan Dalai Lama dalam masa terdekat.
"Adalah diketahui umum bahawa Dalai Lama ke-14 bukanlah tokoh agama yang tulen, sebaliknya buangan politik yang terlibat dalam kegiatan memecah-belahkan China serta bertopengkan agama.
"Pihak AS digesa melihat hakikat pemisah anti-China kumpulan Dalai Lama, mematuhi komitmennya dalam isu Xizang, tidak menjalankan kontak dengan kumpulan Dalai dalam apa jua cara, dan berhenti mengeluarkan isyarat salah kepada dunia.
"Mana-mana individu atau kekuatan yang ingin mengekang China melalui kegiatan mencetuskan pergolakan di Xizang, pasti akan gagal," kata Lin.
Selain itu, Lin menggesa pihak AS supaya patuh akan pendiriannya yang mengakui Xizang sebahagian wilayah China, tidak menyokong kemerdekaan Xizang, dan tidak menguatkuasakan akta tersebut.
Sementara itu, China akan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk membela kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara ini.
- Bilangan Pelancong ke Xizang Cipta Rekod
- Program Warisan Budaya Tidak Ketara Shigatse Buat Debut di ICIF
- Harimau Bintang Salji Dilepaskan ke Habitatnya di Xizang
- Kereta Api Laju Menuju ke Musim Bunga di Xizang
- Pelancong Nikmati Keindahan Tasik Yumco Yamzbog
- Jumlah Pelancong ke Xizang Catat Rekod Tertinggi pada 2023
- China Keluarkan Kertas Putih Mengenai Dasar Tadbir Urus Xizang pada Era Baharu