99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Ekspo Data Raya Antarabangsa Buka Tirai, Tarik 21 Ribu Pengunjung

Ekspo Data Raya Antarabangsa Buka Tirai, Tarik 21 Ribu Pengunjung
(Foto/People's Daily Online)

Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China yang membuka tirainya pada hari ini di Guiyang, Provinsi Guizhou, di barat daya China berjaya menarik kehadiran lebih 21,000 pengunjung serta penyertaan sejumlah 414 syarikat domestik dan antarabangsa.

Ketua Pentadbiran Data Kebangsaan, Liu Liehong dalam ucapannya semasa upacara pembukaan menyatakan bahawa ekspo tersebut telah menjadi platform penting dalam bidang data di China, mendahului trend inovasi, mempamerkan kejayaan industri dan mempromosi pembukaan serta kerjasama setelah melalui pembangunan selama sedekad.

Pada tahun ini, ekspo yang bertemakan “Teknologi Digital Pintas Membentuk Ekonomi Digital yang Maju” tersebut mempunyai enam bahagian utama dengan kawasan pameran seluas 60,000 meter persegi.

Antara peserta ekspo itu adalah termasuk peneraju industri domestik seperti Huawei, Alibaba, Tencent, Baidu dan JD.com, serta 77 syarikat luar negara dari lebih 30 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Kanada.

Difahamkan, lebih 90 aktiviti, termasuk 25 acara pertukaran industri, dijangka diadakan di luar ekspo yang akan berlangsung hingga Jumaat.

Video

Berita Berkaitan