- Lain-lain
China Mula Pasang Kabin Data Dasar Laut Komersial
Kerja memasang kelengkapan teras bagi projek pusat data dasar laut komersial dimulakan di Lingshui, provinsi Hainan, selatan China hari ini.
Kelengkapan seberat 1,300 tan itu antara kabin data dasar laut terbesar dunia, bagaikan sebuah 'superkomputer'.
Ia mempunyai keupayaan setanding 60,000 komputer biasa yang mampu mengurus lebih empat juta keping gambar berdefinisi tinggi dalam masa hanya 30 saat.
Siapnya kerja pemasangan dan fasa ujian kelak menandakan penyelesaian fasa pertama penubuhan pusat data seumpama pertama di dunia.
Menurut rancangan, pusat data berkenaan akan dilengkapi dengan 100 buah kabin. Berbanding pusat data di darat, ia mampu menjimatkan elektrik sebanyak 122 juta kilowatt-jam, penggunaan tanah 68,000 meter persegi dan 105,000 tan air tawar setiap tahun.
Pusat itu menggunakan air laut untuk mencapai penyejukan semula jadi sepanjang tahun, menyaksikan penggunaan tenaga dikurangkan dengan ketara.
Selain itu, masalah teknologi juga berjaya diatasi bagi memastikan pusat data itu dapat beroperasi dengan selamat di dasar laut.
Direka untuk tempoh penggunaan selama 25 tahun, kabin data berkenaan dapat diselenggarakan secara jarak jauh, malah tidak memerlukan penyelenggaraan.
- Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China di Guiyang
- Deklarasi Hangzhou Seru Tadbir Urus Data Global
- Forum Data Dunia PBB Buka Tirai di Hangzhou
- Xi Utus Tahniah Perasmian Forum Data Dunia PBB
- Platform Data Perindustrian Pertama China Dilancar
- Ekspo Data Raya Dijadualkan di Guizhou, 26 hingga 28 Mei
- Guizhou akan Labur 20B yuan dalam Data Raya