99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Penghantaran Durian Segar Pertama Malaysia Tiba Di China

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan sempena ketibaan durian segar pertama dari Malaysia di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, Provinsi Henan di tengah China pada 25 Ogos 2024. (Foto ihsan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia kepada People’s Daily Online)

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan sempena ketibaan durian segar pertama dari Malaysia di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, Provinsi Henan di tengah China pada 25 Ogos 2024. (Foto ihsan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia kepada People’s Daily Online)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada Ahad memaklumkan penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China tiba di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, Provinsi Henan.

Memetik kenyataan rasmi kementerian itu, pengeksportan pertama durian segar tersebut merupakan hasil daripada Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar Dari Malaysia ke China yang dimeterai antara Menterinya, Mohamad Sabu dan Menteri Pentadbiran Am Kastam China, Yu Jianhua, pada 19 Jun lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, akses pasaran ini adalah perkembangan positif yang akan menyumbang kepada peningkatan nilai eksport sektor durian ke China, yang terdahulunya hanya dibenarkan masuk dalam bentuk sejuk beku sahaja.

Difahamkan, fasa pertama penghantaran adalah berjumlah 40 tan metrik durian pelbagai jenis seperti Musang King, D24, IOI dan Black Thorn dengan melibatkan lapan syarikat durian Malaysia.

Untuk rekod, 15 metrik tan durian telah tiba dan penghantaran seterusnya sebanyak 15 metrik tan dan 10 metrik tan masing-masing ke Zhengzhou dan Shenzhen akan tiba hari ini.

penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China tiba di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, Provinsi Henan pada Ahad.

Penghantaran durian segar pertama Malaysia ke China tiba di Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou, Provinsi Henan pada 25 Ogos 2024. (Foto ihsan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia kepada People’s Daily Online)?

Video

Berita Berkaitan