99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Inventori Penuh Artifak Makam Mawangdui Dimuktamadkan, Miliki 26,937 Barangan

Manuskrip sutera digali dari Makam Mawangdui Foto: CCTV/Muzium Hunan

Manuskrip sutera digali dari Makam Mawangdui Foto: CCTV/Muzium Hunan

Inventori lengkap artifak yang digali dari Makam Mawangdui, termasuk mayat mumia Lady Xin Zhui yang terkenal, telah dimuktamadkan selepas dilakukan selama beberapa dekad, lapor agensi berita Global Times.

Stesen Televisyen Pusat China (CCTV yang memetik kenyataan Muzium Hunan ) pada Selasa berkata bahawa koleksi itu mempunyai 26,937 barangan yang terdiri tiga kategori utama iaitu pernis, tekstil, serta manuskrip buluh dan sutera.

Terletak di Changsha, Hunan, Mawangdui menempatkan makam besar Marquis of Dai dari zaman Dinasti Han (202 SM-220 AD), serta pengebumian isteri dan anak lelakinya. Tapak tersebut mendapat perhatian antarabangsa pada 1970-an apabila penyelidik membuka keranda dan menemui mayat wanita yang tidak menunjukkan tanda-tanda reput. Mayat itu dikatakan mayat seorang bangsawan bernama Lady Xin Zhui, isteri Marquis of Dai.

Antara artifak yang digali adalah termasuk 1,017 keping lakuer yang telah dikategorikan, dengan 869 kelihatan sangat terpelihara dengan baik.

Penggalian arkeologi Makam Han Mawangdui, yang disiapkan antara 1972 dan 1974, diiktiraf sebagai salah satu penemuan paling penting abad ke-20 di dunia.

Difahamkan, laporan asal yang diterbitkan pada Oktober 1973 dan Julai 2004 telah mendokumentasikan sejumlah 3,000 artifak dari makam tersebut.

Namun, pengarah pusat pameran dan penyelidikan Makam Mawangdui di Muzium Henan iaitu Yu Yanjiao berkata bahawa banyak barangan yang tidak dimasukkan dalam laporan awal, khususnya Makam 2 dan 3.

Jelas beliau, laporan awal dianggap sebagai tidak lengkap berikutan kerja-kerja penggalian Makam 2 dan 3 yang sedang berjalan. Meskipun laporan pada 2004 telah bertambah baik dari sudut dokumentasi, namun ia masih meninggalkan jurang yang besar.

Proses inventori komprehensif baru-baru ini termasuk dengan penyelidikan lanjutan, telah menangani jurang tersebut, sekali gus memberikan pengiraan yang lebih tepat dan terperinci.

Lonjakan daripada "lebih 3,000" kepada 26,937 artifak secara tidak langsung menyerlahkan kemajuan dalam metodologi penyelidikan dan keupayaan teknologi dalam bidang arkeologi, kata laporan itu.

Sebagai contoh, terima kasih kepada teknologi baharu, semasa proses penyusunan semula baru-baru ini para penyelidik mengenal pasti artifak penting seperti beberapa sisa kain sutera yang ditenun dengan simbol bertuah buat kali pertama.

Video

Berita Berkaitan