99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kerjasama China-Brunei: Raikan Kejayaan Lalu, Buka Lembaran Baharu

Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke China, Tuan Yang Terutama Pehin Dato Rahmani ketika diwawancara eksklusif oleh People’s Daily Online. (People's Daily Online/Wang Jing)

Duta Besar Brunei Darussalam ke China, Tuan Yang Terutama Pehin Dato Rahmani ketika diwawancara eksklusif oleh People’s Daily Online. (People's Daily Online/Wang Jing)

Minggu ASEAN-China 2024 yang dijadual berlangsung selama lima hari membuka tirainya pada Ahad di Changzhi, Provinsi Shanxi dan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari diplomat di China.

Duta Besar Brunei Darussalam ke China, Tuan Yang Terutama Pehin Dato Rahmani ketika diwawancara eksklusif oleh People’s Daily Online berpendapat bahawa acara itu adalah platform baik bagi China dan negara-negara ASEAN untuk mempamerkan keunikan, keindahan, budaya serta tradisi penuh warna masing-masing kepada dunia.

“Tema (kerjasama) China-ASEAN tahun ini ialah pertukaran antara rakyat. Acara ini bukan sahaja meraikan kejayaan kerjasama kita yang lalu, tetapi juga membuka lembaran baharu untuk mencipta masa depan yang lebih baik.

“Pada pendapat saya, pencapaian utama pertukaran rakyat China-Brunei adalah kerjasama pelancongan. Saya telah menetap di China selama hampir 5 tahun. Saya telah pergi ke banyak tempat di China. Saya rasa setiap bandar mempunyai pemandangan dan keunikan tersendiri,” ujar Duta Besar itu.

Pada Julai 2023, kerajaan China menyambung semula dasar bebas visa selama 15 hari kepada rakyat Brunei yang memegang pasport biasa untuk ke China bagi tujuan perniagaan dan pelancongan.

Menurut Pehin Dato Rahmani, dasar tersebut berjaya meningkatkan jumlah pelancong Brunei ke China dengan ketara, sekali gus menggalakkan pertukaran budaya, memupuk persahabatan dan persefahaman antara kedua-dua negara.

Mengulas mengenai masa depan hubungan China-ASEAN dan hubungan China-Brunei, beliau meletakkan harapan tinggi terhadap golongan belia untuk menggalas hubungan baik pada masa depan.

"Saya gembira melihat semakin ramai anak muda mengambil bahagian dalam aktiviti pertukaran, dan saya percaya mereka akan meneruskan perkongsian kukuh antara rakyat dengan rakyat ASEAN-China, dan meneruskan serta membangunkan persahabatan antara China dan Brunei dari generasi ke generasi," jelas Pehin Dato Rahmani.

Tahun lepas, Brunei dan China menandatangani dua protokol mengenai baka dan produk akuatik liar yang dieksport dari Brunei ke China.

“China adalah pasaran penting bagi Brunei, dan kami sedang membuat perancangan untuk mengeksport lebih banyak produk pertanian ke China dan kami berharap dapat mencapai matlamat ini dalam masa terdekat,” kata Pehin Dato Rahmani.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa setiap negara di dunia hari ini sedang mencari jalan ke arah pembangunan, dan Modenisasi ala China adalah model bagi banyak negara.

“Pembasmian kemiskinan China amat mengagumkan, dan kami sedang meneroka kerjasama dengan China ke arah pemodenan yang boleh mencapai kemakmuran bersama, dan mempelajari antara satu sama lain untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” tambah Pehin Dato Rahmani.

Video

Berita Berkaitan