99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Siasatan Dituntut terhadap USADA Selubungi Amalan Ubat Perangsang

(CRI)Jumaat 09 Ogos 2024

Siasatan bebas dituntut dijalankan terhadap kes Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) menyelubungi pelanggaran peraturan anti-doping.

Gesaan itu dibuat Agensi Anti-Doping China (CHINADA) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

CHINADA mendesak Kongres Amerika Syarikat (AS) dan Lembaga Pengarah USADA mengambil sikap yang tepat dalam meneliti isu ubat perangsang yang wujud di negara sendiri, di samping menghentikan segera retorik murahan yang disifatkan sebagai 'penguatkuasaan dengan menggunakan lengan panjang dan campur tangan terhadap kerja anti-doping di negara lain.

Laporan sebahagian media asing yang mendakwa USADA menyembunyikan amalan atlet AS yang melanggar peraturan ubat perangsang, malah membenarkan mereka terus beraksi dalam kejohanan, sudah dalam perhatian CHINADA.

Sementara itu, Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) dalam satu kenyataan susulan dakwaan itu mengesahkan USADA pernah mengecualikan atlet AS yang menggunakan steroid dan eritropoietin (EPO) daripada dituduh dan dikenakan sekatan dalam sekurang-kurangnya tiga kes sejak 2011. Atlet berkenaan dibenarkan menjadi 'ejen pengintip' untuk USADA dan terus hadir dalam kejohanan sehingga tamat tempoh karier mereka.

Modus operandi USADA itu sama sekali tidak sejajar dengan Kod Anti-Doping Dunia serta peraturan yang digubalnya sendiri, dan penguatkuasaannya dalam bidang anti-doping sangat kekurangan ketelusan sehingga sudah menjadikan keadilan dalam persaingan sukan dan kepentingan milik atlet yang bersih terjejas teruk.

Video

Berita Berkaitan