- Lain-lain
Hubungan Timor Timur dengan China Luar Biasa - Presiden Ramos-Horta
Presiden Timor Timur Jose Ramos-Horta menggambarkan hubungan negaranya dengan China sebagai "suri teladan yang boleh dicontohi" dan "luar biasa".
Beliau menyatakan kedua-dua negara akan terus memperdalam dan memperluas hubungan dua hala bersandarkan prinsip saling memahami dan kemuafakatan.
Ramos-Horta amat berharap agar China dapat berkongsi kepakaran dan pengetahuan serta kemahiran dan pengalaman dengan Timor Timur.
"Saya sentiasa berharap kepada lebih banyak sokongan teknikal yang diberikan China untuk membantu kami (Timor Timur) meningkatkan output pertanian.
"Selain itu, kami juga memerlukan bantuan berhubung penyelesaian bekalan air supaya memastikan adanya biji benih lebih berkualiti tinggi,”kata beliau ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG).
Beliau turut meluahkan harapan agar China menghulurkan tangan untuk membantu negara itu menangani hakisan tanah akibat hujan lebat serta cara menyimpan air bah dan menggunakannya untuk pengeluaran pertanian, akuakultur dan sebagainya.
"China memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seumpama dan Presiden Xi Jinping telah pun berjanji menyediakan lebih banyak sokongan kepada kami.
"Sebenarnya usaha berkenaan sedang giat dijalankan antaranya termasuk bantuan pertanian. Setahu saya, jurutera China telah sampai sini untuk mengkaji projek mengenai sumber air selepas saya menyebut tentang perkara ini dengan duta China ke Timor Timur,”tambah beliau.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami