99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Mesyuarat Pegawai Tinggi Pasukan Kerjasama Anti Dadah China-AS Diadakan

(CRI)Jumaat 02 Ogos 2024

Pasukan Kerjasama Anti Dadah China-AS telah mengadakan Mesyuarat Pegawai Tinggi buat kali pertama di AS pada Rabu lalu, yang menyaksikan penglibatan delegasi anti dadah bersama rentas jabatan dari kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak telah membuat taklimat tentang kawalan bahan tertentu, kerjasama kes, interaksi teknologi, kerjasama multiliteral, penyaringan informasi iklan dalam dunia siber, bertukar-tukar pandangan dan cadangan dan menetapkan hala tuju kerjasama.

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju terus menambah dialog dan interaksi dalam bidang pembanterasan dadah, memperincikan pelaksanaan projek kerjasama anti dadah dan bersama-sama menghadapi masalah dadah dalam senario global berdasarkan prinsip "saling menghormati, mengawal perselisihan, melakukan kerjasama yang sama untung".

Delegasi China juga sempat mengambil peluang ini untuk mengadakan interaksi dua pihak dengan sejumlah jabatan AS seperti Pejabat Dasar Anti Dadah Negara, Jabatan Hal Ehwal Penguatkuasaan Anti Dadah Dewan Negara, Kementerian Kehakiman, Kementerian Keselamatan Wilayah, Jabatan Anti Dadah, Biro Penguatkuasaan Kastam Imigrasi, Biro Perlindungan Sempadan Kastam dan Biro Pemantauan dan Kawalan Pos, di samping bersama dengan petugas Jabatan Anti Dadah di Pejabat San Francisco melakukan perbincangan di peringkat akar umbi terhadap perincian dalam sejumlah kes utama.

Video

Berita Berkaitan