99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

BPOC Keluar Syiling Kenang-kenangan, Tampil Taman Negara Harimau Bintang dan Harimau Timur Laut China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 01 Ogos 2024

Bank Rakyat China (PBOC), iaitu bank pusat negara Tembok Besar akan mengeluarkan satu set syiling kenang-kenangan yang menampilkan Taman Negara Harimau Bintang dan Harimau Timur Laut China bermula 31 Julai.

Difahamkan, setiap set itu mempunyai tiga syiling yang terdiri daripada satu emas, satu perak dan satu syiling aloi tembaga dua warna.

Bahagian hadapan syiling kenang-kenangan emas dan perak memaparkan lambang negara China, nama negara dan tahun pengeluaran.

Foto menunjukkan bahagian hadapan syiling kenang-kenangan emas 3 gram. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian hadapan syiling kenang-kenangan emas 3 gram. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian hadapan syiling kenang-kenangan perak 30 gram. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian hadapan syiling kenang-kenangan perak 30 gram. (Foto/PBOC)

Bahagian belakang syiling kenang-kenangan emas memaparkan pemandangan semula jadi Taman Negara Harimau Bintang dan Harimau Timur Laut China, nama taman dan denominasi.

Foto menunjukkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan emas 3 gram. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan emas 3 gram. (Foto/PBOC)

Bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak mempamerkan gabungan elemen termasuk harimau Siberia, harimau bintang Siberia, pain merah dan birch putih, bersama-sama dengan nama taman dan denominasi.

Foto menunjukkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak 30 gram. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan perak 30 gram. (Foto/PBOC)

Syiling kenang-kenangan emas, dengan denominasi RMB50 (kira-kira AS$6.9), mengandungi 3 gram emas tulen dan mempunyai diameter 18 milimeter. Had maksimum pengeluaran syiling ialah 10,000.

Syiling kenang-kenangan perak, dengan denominasi RMB10, mengandungi 30 gram perak tulen dan mempunyai diameter 40 milimeter. Had pengeluaran maksimum syiling ialah 60,000.

Bahagian hadapan syiling kenang-kenangan aloi tembaga dua warna memaparkan lambang negara China, nama negara dan tahun pengeluaran.

Foto menunjukkan bahagian hadapan syiling kenang-kenangan aloi tembaga dua warna. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian hadapan syiling kenang-kenangan aloi tembaga dua warna. (Foto/PBOC)

Bahagian belakang syiling kenang-kenangan aloi tembaga dua warna menunjukkan unsur-unsur seperti harimau Siberia, harimau bintang Siberia, pain merah, Pergunungan Laoye, Sungai Hunchun dan rusa sika. Ia juga menampilkan nama taman dan denominasi.

Foto menunjukkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan aloi tembaga dua warna. (Foto/PBOC)

Foto menunjukkan bahagian belakang syiling kenang-kenangan aloi tembaga dua warna. (Foto/PBOC)

Syiling peringatan aloi tembaga dua warna, dengan denominasi RMB10, mempunyai diameter 27 milimeter. Had pengeluaran maksimum syiling ialah 60 juta.

Video

Berita Berkaitan