- Lain-lain
China Kutuk Keras Pembunuhan Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh
China membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ketua politik Hamas Ismail Haniyeh, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong pada sesi tergempar Majlis Keselamatan, di New York pada Rabu.
Sesi tergempar mengenai pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh diadakan atas permintaan Iran, China, Algeria dan Rusia.
Fu menyifatkan pembunuhan Ismail Haniyeh sebagai sabotaj ke atas kesungguhan pelbagai pihak untuk mewujudkan kedamaian, di samping mencabuli prinsip asas Piagam PBB yang menghormati keutuhan wilayah dan kedaulatan pelbagai negara.
Sementara itu, menurut Fu, China amat bimbang dengan kemungkinan peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.
"Setakat ini, konflik di Gaza telah berlarutan selama hampir 300 hari, menyebabkan kehilangan 40,000 nyawa dan bencana kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Pihak-pihak terlibat patut menyahut seruan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan peperangan, melaksanakan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB," ujar Fu.
Beliau menegaskan bahawa China membantah keras dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab yang berlaku pada mutakhir ini, termasuk serangan Israel ke atas kawasan selatan Beirut.
"Operasi ketenteraan dan penyalahgunaan kekerasan bukanlah pendekatan penyelesaian. Ia hanya akan membawa kepada krisis yang lebih besar," kata Fu.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- China Anggap Keputusan ICJ tentang Isu Palestin-Israel Signifikan
- Penempatan Israel di Wilayah Palestin Haram -- ICJ
- Turkiye Gesa Hebatkan Tekanan ke atas Israel
- Hamas Alu-alu Resolusi Gencatan Senjata UNSC
- 'Penyelesaian Dua Negara' Jalan Keluar Konflik Palestin-Israel: Menteri Luar Turkiye
- Maldives Larang Kemasukan Warga Israel
- China Gesa Noktahkan Kesengsaraan Rakyat Palestin
- China Sokong UNSC Bahas Semula Permohonan Palestin Anggotai PBB
- Perang Bantut Pembangunan Gaza Berdekad-dekad: PBB
- Biden Tandatangani Rang Undang-Undang Bantu Ukraine dan Israel