- Lain-lain
China Bersedia Mainkan Peranan Konstruktif demi Keamanan dan Kestabilan Asia Barat
(foto/Kementerian Luar China)
China bersedia meningkatkan interaksi dan penyelarasan dengan pelbagai pihak termasuk Malaysia untuk melakukan usaha bagi pelaksanaan Deklarasi Beijing dan memainkan peranan yang bersifat membina untuk melindungi keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.
Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam.
Menurut laporan berkenaan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran dalam sosial media telah menyanjung tinggi tindakan kerajaan China yang memberi sokongan kuat bagi dialog antara pelbagai puak Palestin termasuk Fatah dan Hamas. Beliau menanti-nantikan hasil yang ketara boleh dibuahkan berdasarkan Deklarasi Beijing, dan terus menyeru kerajaan pelbagai negara mengiktiraf negara Palestin dan menyokong usaha yang bertujuan merealisasikan kesatupaduan Palestin.
Lin pula berkata, China menghargai sikap Perdana Menteri Anwar yang mengelaurkan kenyataan berkenaan. Ini memperlihatkan harapan dan suara bersama dari masyarakat antarabangsa termasuk negara Arab dan Islam tentang mendorong penyelesaian isu Palestin dengan secepat mungkin sehingga mencapai keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Selami Keindahan Budaya Kyrgyzstan dalam 60 Saat
- Xi Bertemu dengan Presiden Palestin
- Bina Keamanan Berkekalan di Asia Barat: China
- 21 Terbunuh dalam Kebakaran di Gaza
- 14 Fraksi Palestin Tandatangani 'Deklarasi Beijing'
- PM Malaysia Hargai Usaha China Jadi Pemudah Cara Isu Palestin
- Rundingan Fatah, Hamas di Beijing Capai Kemajuan Positif
- Pemimpin Hamas Lawat Mesir Bincang Isu Gencatan Senjata