99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pemulihan Habitan Bantu Lonjak Populasi Harimau Siberia di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 Julai 2024
Pemulihan Habitan Bantu Lonjak Populasi Harimau Siberia di China
Foto yang diambil pada 22 Mei 2024 ini memperlihatkan anak harimau Siberia di Taman Harimau Siberia di Harbin, provinsi Heilongjiang, China. Taman Harimau Siberia ini merupakan pangkalan pembiakan penting bagi Pusat Pembiakan Feline Hengdaohezi China. Di sini, lebih daripada 10 anak harimau dilahirkan tahun ini. (Xinhua/Xie Jianfei)

Populasi harimau Siberia di China semakin bertambah susulan terdapatnya usaha jitu untuk membantu menyelamatkan spesies terancam itu, selain pembinaan sistem berasaskan taman negara yang telah menyediakan habitat bersesuaian kepada harimau.

Untuk rekod, China mempunyai 4 sub-spesies harimau iaitu Siberia, Indochina, Bengal, dan China Selatan, sekali gus menjadikan China itu sebagai negara yang paling banyak sub-spesies harimau.

Pada tahun mutakhir ini, China telah memperkuat usaha pemuliharaan harimau secara berterusan menerusi siri langkah berkesan.

Memetik akhbar Global Times pada Isnin yang juga Hari Harimau Antarabangsa, ia menyebut bahawa antara usaha yang dilakukan oleh Pentadbiran Padang Rumput dan Perhutanan Negara (NFGA) adalah mewujudkan satu siri rizab semula jadi dan stesen pengurusan di kawasan pengedaran harimau liar, menetapkan habitat harimau penting, mengukuhkan rondaan dan pemantauan habitat.

China telah membina Taman Negara Harimau Bintang dan Harimau Timur Laut yang meliputi kawasan seluas 1.41 juta kilometer persegi, sekali gus mewujudkan sistem pemantauan "langit dan tanah" bersepadu.

Habitat harimau yang ditambah baik telah secara berkesan berjaya melindungi populasi terbesar dan satu-satunya keluarga pembiakan harimau yang stabil di China.

Di dalam taman negara itu, populasi harimau telah meningkat kepada kira-kira 70, dan pada 2023 pula terdapat lapan keluarga pembiakan dan lebih 20 anak harimau, dengan julat pengedaran melebihi 11,000 kilometer persegi, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah kawasan taman itu.

Menurut NFGA, kerajaan kekal komited untuk menambah baik proses dan piawaian menyelamat saintifik untuk spesies terancam seperti harimau Siberia, selain turut mewujudkan sistem untuk pencegahan dan diagnosis penyakit biasa.

Difahamkan, beberapa langkah turut dilaksanakan untuk melarang keras penjualan, pembelian, import, dan eksport harimau serta produk-produknya, selain membanteras pemburuan haram, penyeludupan, dan perdagangan haram produk harimau.

China terlibat secara aktif dalam kerjasama antarabangsa dan pertukaran dengan negara tempat harimau diedarkan.

Pada Mac tahun ini, China dan Rusia bersama-sama menubuhkan makmal penyelidikan mengenai pemuliharaan harimau Siberia di Universiti Perhutanan Timur Laut di provinsi Heilongjiang, timur laut China.

Makmal tersebut merangkumi bidang penyelidikan seperti ekologi dan pengurusan hidupan liar, pemakanan dan pembiakan harimau Siberia, serta genetik hidupan liar.

Turut dikenali sebagai harimau Amur, harimau Siberia adalah salah satu daripada haiwan paling terancam di dunia dan spesies paling jarang ditemui dalam ekosistem hutan yang kebanyakannya hidup di Timur Jauh Rusia dan Timur Laut China.

Agensi Berita Xinhua dipetik sebagai berkata bahawa terdapat Kira-kira 500 harimau Siberia dipercayai hidup di hutan.

Video

Berita Berkaitan